Thursday, June 6, 2013

Panas!! Bernama buka PEKONG Mirzan Mahathir

Mirzan Mahathir tidak miliki saham Petron Malaysia
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation.

Syarikat itu mengesahkan yang Mirzan ialah ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina.

Beliau telah dipilih sebagai pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham,

Di bawah undang-undang kecil syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk layak sebagai Pengarah.

Petron Corporation mempunyai 9.4 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.
Sebelum memegang jawatan pengarah dalam Petron Corporation, syarikat berkata yang Mirzan ialah pengarah San Miguel Corporation untuk tempoh singkat dari 1 September 2009 sehingga 15 April 2010.

Beliau masa ini menguasai 5,000 saham San Miguel. San Miguel Corporation mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

"Kami berharap yang fakta ini akan mengakhiri segala spekulasi yang berkaitan Mirzan, yang sememangnya tidak adil untuk keluarga Dr Mahathir.

"Saham yang dipegang Mirzan dalam San Miguel Corporation dan Petron Corporation sememangnya saham yang melayakkan untuk jawatan pengarah," kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Ramon S Ang dalam satu kenyataan.

"San Miguel, Petron Corporation dan Petron Malaysia ialah syarikat penyenaraian awam, yang patuh kepada standard ketat tadbir urus," tambah Ang. - Bernama

BERNAMA PECAHKAN TEMBELANG ANAK MAHATHIR BEB... KAH KAH KAH !
Gua ni beb bukan lah PANDAI sangat berkenaan SAHAM dan PEMILIKAN nya... tapi rasa-rasa gua yang BODOH pasal SAHAM ni lah... langsung tak boleh di TERIMA DIAKAL kalau hanya memiliki 1000 SAHAM dari 9.4 Bilion SAHAM dan 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM untuk DILANTIK menjadi AHLI LEMBAGA PENGARAH... 

sedangkan NILAI HARGA bagi SAHAM tersebut hanya dibawah RM5 sesaham beb... tak kan BODOH sangat Orang yang ada kat dalam Petron Corporation masa itu dengan MELANTIK pemegang SAHAM yang NILAI nya SATU PERATUS pun TAK SAMPAI beb... agak-agak lah kalau ya pun NAK MENIPU... kah kah kah !.

Dilantik sebagai PENGARAH Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dengan hanya MEMILIKI 1,000 SAHAM... kalau dikalikan RM5 sesaham dengan 1000 SAHAM baru bernilai RM5 Ribu... sedangkan pada masa itu SAHAM yang dipunyai oleh Petron Corporation di Bursa Saham Filipina adalah berjumlah 9.4 Bilion SAHAM... yang kalau berdasarkan HARGA sesaham RM5 ianya berjumkah RM47 Bilion beb... tapi yang jadi Ahli Lembaga Pengarah hanya memang NILAIAN RM5 Ribu sahaja... gua ingat lah kan yang LANTIK Mirzan Mahathir menjadi Pengarah sudah MABUK SAN MIGUEL FREE semasa Masyuarat sedang dijalankan... kah kah kah !.

Manakala bagi San Miguel Corporation pula Mirzan Mahathir hanya mempunyai 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM yang dipunyai oleh San Miguel Corporation... yang mana ianya lebih kurang BERNILAI hanya sebanyak RM25 Ribu sahaja DIMILIKI oleh Mirzan dari keseluruhan jumlah SAHAM San Migiel iaitu RM16.5 Bilion... lu sendiri NILAI lah beb ada BETUL ke atau TEMBERANG apa yang dilaporkan oleh Bernama tersebut... sebab itu gua cakap kalau ya pun NAK MENIPU biar lah AGAK-AGAK sikit beb... kalau dengan Penyokong Umno mungkin gak dia orang akan PERCAYA sebab jenis dia orang MATEMATIK GAGAL beb... kah kah kah !.

Kerana itu jugak dia orang PERCAYA bila Pemimpin Umno kata Parti DAP yang bertanding sekitar 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen yang ada boleh memerintah... kah kah kah...apa jenis OTAK UDANG lah yang lu orang ISI PERUT UMNO dah MELANTAK beb... punyalah jauh 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen tapi lu orang BOLEH PERCAYA dengan cakap Pemimpin Umno ya beb... yang LAWAK nya boleh dikatakan sebahagian BESAR berita yang dibawa oleh Pemimpin Umno tu seperti BERITA DARI ORANG MABUK SAN MIGUEL... lu sendiri FAHAM sudah lah bagaimana kalau ORANG MABUK membuat cerita beb... kah kah kah !.

Yang PELIK BIN AJAIB nya ialah ANGIN tak ada... RIBUT tak ada tiba-tiba PUTING BELIUNG MUNCUL dari Bernama... berita yang konon nya adalah TIDAK ADIL kepada KELUARGA MAHATHIR dengan TUDUHAN terhadap Mirzan Mahathir... kah kah kah... sebaliknya BERITA tersebut telah MENGESAHKAN yang memang BENAR bahawa Mirzan Mahathir pernah menjadi PENGARAH Petron Corporation dan PENGARAH San Miguel Corpration... jadi selama ini Berita yang telah keluar berkenaan Mirzan dan Syarikat Arak San Miguel tersebut adalah BETUL dan BUKAN FITNAH... 

cuma PELIK kenapa cerita ini TIMBUL KEMBALI dimasa ianya sudah SEJUK... kah kah kah !. - Baca Lagi Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

Ibu Anita said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus atau uang gaib tanpa tumbal seperti saya,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> TOGEL UANG GAIB TANPA TUMBAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular