MURSYIDUL Am PAS, TG Nik Aziz hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dalam akhbar Sinar Harian yang menuduh PAS sebagai alat kepada DAP dan PKR.
Menulis di laman facebooknya, TG Nik Aziz mengembalikan pertanyaan itu kepada MP pasir Salak berkenaan dengan mengajukan soalan (jika PAS alat DAP dan PKR) "UMNO pula alat kepada siapa?"
TG Nik Aziz turut menasihatkan Datuk Tajuddin, supaya, selaku ahli parlimen jangan bercakap (menulis) tanpa fakta. TG Nik Aziz meminta ahli parlimen berkenaan menunjukkan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR. Dan TG Nik Aziz turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin UMNO dimana mereka akan berkata lain di hadapan orang Melayu dan lain pula bila berhadapan kaum bukan Melayu.
"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik."
Kenyataan TG Nik Abdul Aziz Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman 3 hari ini. Katanya, PAS merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?
Selaku ahli parlimen, janganlah bercakap tanpa fakta. Berikan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.
Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik. Salam Ramadhan. -SH
PRK: Pas hanya perkakas pada DAP,
PKR BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.
PKR BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.
Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.
“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.
“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Raihan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu, Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr Marzuki Zakaria. -SH
(IH/Hrkh)
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment