KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh mengundi PRK Kuala Besut pada 24 Julai di pertengahan minggu bekerja.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh itu dilihat sebagai sengaja untuk menafikan hak pengundi yang berada di luar kawasan Kuala Besut.
Justeru, katanya demokrasi dan hak mengundi setiap rakyat perlu dihormati.
Oleh itu, tegasnya memilih tarikh mengundi perlu mengambil kira kemudahan bagi pengundi untuk mengundi.
“Ini perlu untuk memastikan keputusan pilihan raya itu betul-betul melambangkan suara rakyat dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, semakan daftar pemilih mendapati lebih seribu pengundi berada di luar Kuala Besut.
Tambahnya, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada Rabu depan sangat menyusahkan pengundi untuk pulang membuang undi.
Katanya, apa juga alasan SPR, perkara itu tidak boleh diterima dan mesti dielakkan daripada berulang pada mana-mana pilihan raya kecil atau umum pada masa depan.
“Dengan mengadakan tarikh pengundian pada hari bekerja, PAS menjangka peratusan keluar mengundi akan berkurangan,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Namun, tegasnya lagi petugas PAS akan memberikan usaha terbaik untuk memastikan tiada pengundi hantu yang mengganti pengundi yang tidak pulang untuk membuang undi.
Walau bagaimanapun, kata beliau PAS menyeru seluruh ahli dan penyokong parti agar pulang untuk membuang undi, walaupun terpaksa bergegas pulang selepas pembuangan undi itu.
“Tunaikan tanggungjawab bagi memenangkan calon PAS bagi mencatat sejarah politik negara 16:16, Terengganu Baru,” ujarnya. - Harakah
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment