Jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemilih di Kuala Besut patut mengundi calon PAS Azlan Yusof dalam pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad mendakwa, antara isu yang menjadi perbualan, termasuk di kalangan pemimpin kanan Umno Terengganu, berhubung pelantikan ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji awal bulan ini.
"Orang Umno ini, kalau benda yang tak boleh bercakap, dia beritahu Abang Matlah (Mohamad)," kata Mohamad (kiri) dalam ceramah di Seberang Luar, malam tadi, tanpa mendedahkan identiti pemimpin yang dimaksudkannya itu.
"Dia (pemimpin Umno negeri) kata, tolong beritahu orang Besut, menangkan (PAS di) Kuala Besut, ajar sikit Najib (kerana) lantik orang yang tidak berupaya untuk menjadi pemimpin Tabung Haji."
Berkuatkuasa 1 Julai, Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011 secara rasmi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan perbadanan itu sejak Ogos 2007.
Menurut perbadanan itu, pelantikan Abdul Azeez itu diyakini mampu meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.
Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rungutan itu disalurkan padanya ekoran masih ada pegawai atau bekas pegawai kerajaan yang berupaya dan mampu bekerja lebih baik berbanding Abdul Azeez
"Kata mereka, nak ubah pemikiran Najib ini, menangkan (calon PAS di) DUN Kuala Besut ini dan menangkan Che Long (Azlan), pada 24 Julai ini," katanya Mohamad
Azlan berdepan, 48, seorang ahli perniagaan berdepan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dalam pilihan raya kecil Kuala Besut kali ini.
Kekosongan kerusi DUN yang mempunyai 17,683 pengundi berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Sebagai kawasan majoriti Melayu, isu-isu yang dekat dengan hati umat Islam, seperti yang berkaitan Tabung Haji dilihat antara strategi PAS untuk merampas kerusi kubu kuat BN itu. mk
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment