BESUT: BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman apabila terdapat penyebaran maklumat yang mengarahkan penyokong BN mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai nanti.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.
Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji.
"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.
"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.
Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat demikian.
Beliau juga menegaskan, rakyat Terengganu rata-ratanya bersedia untuk membuat perubahan apabila terdapat peningkatan kerusi pada PRU13 sebanyak 15 kerusi berbanding pada PRU12 yang hanya 8 kerusi sahaja.
Malah katanya penerimaan paling ketara adalah melibatkan pengundi di bandar dan juga kawasan pinggir bandar apabila Pakatan Rakyat menguasai sepenuhnya kerusi yang dipertandingkan pada PRU13.
"Rakyat bandar dan pinggir bandar dan lama berubah, jadi dengan PRK kali ini harap pengundi di kawasan Kuala Besut buat perubahan, kita kena sama-sama dengan penduduk bandar untuk berubah.
"Saya pasti Terengganu akan menjadi milik Pakatan Rakyat sebelum PRU14 apabila kerusi Dun Kuala Besut milik kita dan dua petisyen turut memihak kepada kita," ucapnya sambil disorak oleh penyokong yang hadir. - Harakah
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment