Lima pengerusi bahagian MCA menggesa presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan berikutan sikap ambil mudah terhadap resolusi parti yang mengakibatkan kecelaruan dan keaiban ahli parti berkenaan.
Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong Seng.
Pada kenyataan media bersama itu, mereka menyifatkan MCA kini menjadi bahan ejekan dan menggesa Chua supaya segera meletak jawatan bagi membolehkan parti melakukan transformasi.
Mereka turut menyenarai tujuh perbuatan yang didakwa dilakukan Soi Lek hingga menjadikan menjejaskan kredibiliti MCA, antaranya sikap dolak daliknya untuk meletak jawatan dan isu jawatan pemimpin MCA dalam kerajaan
Antaranya, Soi Lek berulang kali mengumum untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang tetapi tidak berbuat demikian, selain kenyataan terhadap parti SUPP yang akhirnya memakan diri. 14 Julai, 2013. malaysia-chronicle
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment