Thursday, June 12, 2014

Kes Murtad : Zarina Abdullah Majid, dilahirkan oleh pasangan beragama Islam + Video

Bapa kepada pengantin yang diserbu jabatan agama dalam perkahwinan Hindu baru-baru ini menegaskan anaknya seorang Islam.
Abdul Majeed Gulam Kade berkata, anaknya, termasuk Zarina Abdullah Majid, dilahirkan oleh pasangan beragama Islam – iaitu beliau dan isterinya Vasantha yang memeluk Islam, lapor The Star.
“Mereka dilahirkan oleh ibu bapa Islam dan ia menjadikan mereka juga Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.
Selain Zarina, 32, anak-anak lain pasangan itu ialah Shahull Sallah, 30 ,Zaleha, 28 dan Abdul Gulam, 24.
Abdul Majeed, 54, berkata, isterinya yang kemudiannya memakai nama Zainab  tidak akan membiarkan mana-mana anaknya meninggalkan agama Islam.
Kenyataan bapanya itu bertentangan dengan dakwaan Zarina bahawa bapanya mendaftarkannya sebagai seorang Islam tanpa pengetahuan keluarga.
Zarina juga sebelum ini mendakwa dibesarkan ibunya yang beragama Hindu dan mengamalkan ajaran agama itu selepas bapanya meninggalkan keluarga. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular