Friday, June 17, 2011

PERJANJIAN MALAYSIA BATAL DAN TIDAK SAH?

Saudara Pengarang,
SAYA baru pulang daripada London selepas menemui Queen Counsel Anthony Lester berhubung khidmat nasihat untuk merayu kajian semula Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.

QC Anthony menasihati saya agar meneruskan Kempen Memungut Tandatangan untuk mendesak Kerajaan Malaysia ‘Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963’.

Menurut QC Anthony, Perjanjian Malaysia adalah ‘BATAL DAN TIDAK SAH’ apabila Brunei tidak menandatanganinya selepas 11 Jam dokumen tersebut disediakan dan Selepas Singapura menarik diri pada 1965.

Kami akan melancarkan ‘Pungutan Suara’ berkenaan pada 9 Julai 2011 di Batu Sumpah, Keningau sebelum diedarkan ke Sabah dan Sarawak untuk dikemukakan kepada Ratu Elizabeth Disember 2011 kelak.

Bagi pihak rakyat Sabah, saya mohon ehsan saudara dan Sabahkini.net membantu menjayakan usaha murni ini demi survival rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Salam Hormat,
Aktivis Masyarakat & Hak Asasi Manusia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular