K Eswaran, pemilik ABN News |
ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta
KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ahli perniagaan Tan Seri Kenneth Eswaran mendapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan berjumlah RM500 juta.
Katanya, K Eswaran turut mendapat lesen siaran bagi Asian Broadcasting Network Sdn Bhd untuk melancarkan jenama televisyen berbayar yang baru, ABN Media Group.
“Ini seorang peniaga baru yang rapat dengan pemimpin negara ini. Bagaimana boleh mendapat pinjaman mudah tanpa proses yang jelas?
“RM500 juta dari Bank Pembangunan kepada syarikat tauke kaya kroni berbanding ribuan usahawan kecil Melayu bumiputera yang menyokong (kerajaan) tidak diberi pertimbangan?, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
“Tetapi Kenneth Eswaran, seorang tauke kaya diberi pinjaman RM500 juta untuk satu saluran televisyen yang baru,” kata Anwar.
Anwar menegaskan, tindakan tersebut bertentangan dengan slogan membela orang Melayu seperti yang dilaungkan Umno-BN.
“Ini kelulusan terbesar yang ketiga (selepas PRU-13),” katanya.
Sebelum ini dilaporkan K Eswaran adalah ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd. - KeadilanDaily
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment