Wednesday, June 26, 2013

JEREBU : KISAH MENTERI PELAJARAN YANG SENGAL... KAH KAH KAH ! +Video

Arahan Kementerian Pelajaran tak konsisten
SHAH ALAM 25 JUN: Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mempersoal arahan Kementerian Pelajaran yang hanya membenarkan sekolah ditutup sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300, iaitu paras merbahaya.


Katanya, adalah lebih munasabah jika sekolah dibenarkan tutup jika masalah jerebu melebihi paras 150 IPU iaitu pada tahap tidak sihat.

“Saya rasa tahap bacaan IPU 300 itu terlalu lambat, lebih baik jika bacaan mencecah 150 terus tutup sekolah kerana kita mesti faham paru-paru kanak-kanak tidak tahan seperti orang dewasa.

Jerebu di Shah Alam
“Ini cadangan saya, mereka perlu lihat semula lebih baik tutup sekolah dan diganti persekolahan itu pada hari minggu daripada menjejaskan kesihatan pelajar,” katanya dipetik Media Selangorku.

Beliau ditemui ketika mengedarkan topeng muka kepada penduduk Bukit Lanjan di pasar pagi Desa Jaya di Petaling Jaya pagi ini.

Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) memaklumkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan supaya menutup sekolah sekiranya IPU berada di tahap melebihi 300.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan wajar mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) itu kerana ia akan memberi kesan kesihatan kepada pelajar.

Elizabeth berkata, arahan kementerian tidak konsisten dengan tindakannya semalam apabila sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup apabila paras IPU berada di bawah 200.

“Tindakan Kementerian untuk membuka semula sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur adalah tidak wajar. Semalam keadaan di kebanyakan tempat di bawah IPU 200 ditutup. Tetapi hari ini bacaan IPU melebihi 200, sekolah dibuka.

“Perkara ini sudah tentu akan merisaukan ibu bapa dan guru,” katanya.

Pada pagi ini, kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor kini dikategorikan sebagai bahaya apabila bacaan IPU mencatatkan 495 setakat 8 pagi.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Menurut Elizabeth, Kerajaan Negeri sudah mengedarkan sebanyak 250,000 topeng muka kepada penduduk Selangor termasuk ke sekolah-sekolah kerana mendapat permintaan yang tinggi. - Keadilandaily

JEREBU : APA PUNYA SENGAL LAH MENTERI PELAJARAN NI BEB... KAH KAH KAH !
Nanti bila cakap TAK ADA TELOR mula lah MERAJUK beb... sampaikan untuk buat KEPUTUSAN sama ada perlu untuk MENUTUP SEKOLAH akibat dari JEREBU yang semakin TERUK itu pun beliau TAK SANGGUP beb... kah kah kah... nanti adalah MACAI UPAHAN yang MEROYAN dan MENYOKONG apa yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tu... ialah beb Pemilihan Agong Umno semakin dekat... kerusi yang DIUDUKI pun KIAN PANAS kerana banyak yang BERMINAT dengan KERUSI tersebut walapun PANAS...kah kah kah !.

Lu orang TAK PELIK ke sampaikan untuk MENUTUP SEKOLAH semasa JEREBU pun beliau TAK BERANI membuat KEPUTUSAN... yang LAWAK beliau boleh pulak meyerahkan kepada IBU BAPA sama ada untuk MENGHANTAR atau TIDAK MENGHANTAR anak-anak mereka ke sekolah... kah kah kah... pada hal nya perkara tersebut beliau sendiri pun telah mengetahui PUNCA dan SEBAB kenapa dibenarkan BOLEH atau TIDAK BOLEH untuk anak-anak tidak ke Sekolah... APA BARANG lah lu Muhyiddin oiii... macam mana lah lu ni nak jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri beb... kah kah kah !.

Nasib baik lah Umur lu tu lagi TUA dari Presiden Umno yang ada sekarang ni... jadi untuk lu MENDUDUKI jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri AGAK SAMAR-SAMAR beb... kecuali lah JAWATAN yang ada kat atas lu tu KOSONG... sama ada KOSONG kerana DIKOSONGKAN atau pun KOSONG TERPAKSA KOSONG sebab PADAM... kah kah kah... selain dari itu gua TAK NAMPAK JALAN untuk lu MENDUDUKI JAWATAN di atas lu tu... melainkan hanya TAKDIR telah TERTULIS dan mengatakan yang lu tu akan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri... kah kah kah !.

Berbalik kepada TAJUK diatas yang membuat gua PELIK ialah kenapa diserahkan kepada IBU BAPA untuk sama ada MENGHANTAR atau TIDAK anak-anak mereka ke sekolah... kenapa tidak dibuat KETETAPAN sama ada WAJIB ke sekolah atau TIDAK... apa beliau TIDAK YAKIN dengan Tindakan beliau sebagai Menteri Pelajaran beb... atau beliau ni nak KERJA SENANG dan tak mahu BERTANGGUNGJAWAB... ya lah kalau WAJIB kesekolah sudah semesti nya menjadi Tanggungjawab beliau memastikan KESELAMATAN PELAJAR didalam keadaan CUACA yang BERJEREBU sekarang ini beb.. . kah kah kah !.

Jadi untuk TIDAK MAHU BERTANGGUNJAWAP maka DISERAHKAN lah KUASA sama ada untuk MENGHANTAR atau TIDAK anak-anak mereka ke Sekolah kepada IBU BAPA... PANDAI lah lu Muhyiddin oiii... lu kira nak SENANG KERJA lu aje... kalau rasa TAK MAMPU untuk menjadi Menteri Pelajaran yang BERTANGGUNGJAWAB kepada PELAJAR dan WARGA PENDIDIK lebih baik lah lu LETAK JAWATAN beb... tapi mana mungkin lu mahu LETAK JAWATAN kan begitu Muhyiddin... sebab itu adalah PERANGAI TRADISI AHLI POLITIK terutama nya ISI PERUT UMNO macam lu... kah kah kah !. sumber

hemmmmm..... kalau macam ini lah perangai bakal perdana menteri jawap nya mampos lah rakyat beb... tak ada telor untuk buat keputusan dan yang paling cantik nya ialah kerja nak tahu senang aje... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U. Inderasipejuang


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular