Betul ke dakwaan ini belum diketahui benar atau tidak , tapi gah dimainkan cerita tersebut di blog-blog pro umno.......
Beberapa pihak memaklumkan kepada saya mengenai perjumpaan sulit beberapa wakil kepimpinan Pakatan Pembangkang dengan seorang bekas Menteri Besar Selangor bagi memujuk beliau menyertai Pakatan tersebut, pagi ini.
Khabar ini benar-benar mengusarkan saya memandangkan sebelum ini seorang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah berjaya dipujuk untuk meninggalkan UMNO.
Muhammad, juga bekas Ketua Bahagian Kelana Jaya didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO Selangor yang membelakangkan pemimpin berpengalaman seperti beliau menyebabkan tawaran untuk menyertai pembangkang diterimanya lebih mudah.
Perjumpaan sulit antara bekas Menteri Besar Selangor dan wakil pemimpin pembangkang di sebuah restoran?
Berbeza dengan Muhammad, bekas Menteri Besar UMNO ini pula sedang menghadapi petisyen rayuan kesnya bersabit dengan penyalahgunaan kuasa oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam nampaknya cuba dibeli oleh wakil pemimpin pembangkang dengan tawaran bantuan guaman secara percuma terhadap kesnya itu.
Malah wakil pemimpin pembangkang berkenaan turut berjanji akan memastikan bekas Menteri Besar Selangor itu bebas dari sebarang tuduhan yang disabitkan dengannya sebelum ini.
.
Walau bagaimanapun, bekas Menteri Besar berkenaan sehingga ke masa ini masih belum memberikan kata putus berkenaan penerimaan tawaran tersebut. Malah bekas Menteri Besar ini juga didakwa masih bermain teka-teki sama ada bakal menyertai Pakatan Pembangkang, sama seperti dilakukan Muhammad ataupun meneruskan perjuangannya di dalam UMNO. - sumber
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment