DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan kekesalan yang teramat sangat di atas penahanan Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa petang tadi di Kuala Lumpur.
Beliau saat ini sedang dibawa ke IPD Kota Bharu menaiki kereta peronda polis untuk disiasat atas kenyataannya yang dikatakan mengeluarkan pandangan bahawa peserta himpunan Blackout 505 'mati syahid' sekiranya terkorban.
DPPNK menyifatkan tindakan menahannya di Kuala Lumpur dan membawanya ke Kota Bharu hanya dengan menaiki kereta merupakan satu tindakan yang tidak wajar memandangkan statusnya sebagai seorang pemimpin.
Apatah lagi kesalahan yang didakwa dilakukan bukanlah jenayah yang serius yang memerlukan tangkapan segera. Adalah lebih waras sekiranya beliau dipanggil memberikan keterangan di Kota Bharu dan semua pihak yakin beliau tidak ada sebarang masalah untuk berbuat demikian.
DPPNK mendesak agar kenyataannya diambil pada malam ini iuga dan dibebaskan dengan kadar seberapa segera. Ini kerana DPPNK mendapat maklum daripada ahli keluarganya bahawa kesihatan beliau kurang stabil dan memerlukan rehat.
Selagi beliau belum dibebaskan, DPPNK tidak teragak-agak mengerahkan seluruh kekuatan pemuda di negeri ini berkumpul di hadapan IPD Kota Bharu bagi menunut pembebasan beliau.
Sekian.
ADBUL LATIFF ABD RAHMAN,
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK)
22 Jun 2013
9.00 malam
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment