Monday, June 24, 2013

Video Keadaan Jerebu Di Muar Sehingga Diistiharkan Darurat


Sehingga 23hb Jun, 2013, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746 manakala bacaan setakat 11 pagi pula meskipun mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.

Baca Sini= Jerebu: Perdana Menteri Ishtihar Darurat Di Muar Dan Ledang Johor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan DARURAT berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency'.

Saksikan keadaan jerebu teruk yang melanda sekitar bandar Muar, Johor yang telah dirakamkan pada Ahad, 23 Jun 2013 dan beberapa hari sebelumnya. - azizulhakim91

Semua sekolah di KL, Selangor,Melaka, Segamat (Johor) dan Kuantan (Pahang) diarah Tutup - PM Umum Darurat
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI KL, SELANGOR DIARAH TUTUP

KUALA LUMPUR 23 Jun - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.

"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.

IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. - BERNAMA

JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DIARAH TUTUP
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
MELAKA 23 Jun - Semua sekolah di negeri ini diarah tutup buat sementara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Penutupan itu melibatkan 313 buah sekolah rendah dan menengah sekitar negeri ini membabitkan seramai 159,570 orang murid.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, kerajaan negeri merasakan tahap udara akibat jerebu kini telah sampai ke tahap yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan.

"Ini adalah kerana landaan jerebu yang kini cecah tahap bacaan IPU 456 di sesetengah kawasan termasuk Bukit Rambai, Klebang dan Tanjung Minyak pada pukul 2 petang tadi.

"Bandar Melaka pula pada masa sama mencecah IPU 397 dan setakat ini kita tidak nampak ada kaedah untuk kurangkan serangan jerebu ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar khas di Hotel Permaisuri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Jumaat lalu sebanyak 480 buah tadika di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIM), Kemas dan Perpaduan telah diarah tutup dan penutupan itu diteruskan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan. - UTUSAN.

Jerebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang
KEADAAN jerebu di Muar yang mencatat bacaan IPU 746 pada jam 7 pagi ini sehingga diisytiharkan darurat. - UTUSAN/ISHAK RAHAMAD
KUALA LUMPUR 23 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. - BERNAMA.

110 sekolah di Segamat diarah cuti
Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.

Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata arahan itu membabitkan 39,681 pelajar dan 3,418 guru.

Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arahan itu turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang, membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat akibat jerebu di kawasan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata 300 sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.

Pejabat pelajaran daerah dan sekolah sudah diarah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga agar semua 187,590 pelajar berkenaan kembali ke sekolah esok.

Bagaimanapun katanya aktiviti di luar kelas masih tidak dibenarkan sementara pelajar, terutama yang mempunyai penyakit asma dan jantung dinasihatkan memakai topeng hidung dan mulut. - Bernama.

Jerebu: MB Pahang arah sekolah di Kuantan ditutup
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
BANDAR Kuantan diselubungi jerebu. Gambar ini dirakamkan pada pukul 12.21 tengah hari tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN 23 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian. - UTUSAN - direktoripolitikmalaysia

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular