Thursday, June 27, 2013

PRK Kuala Besut Penentu Hidup Matinya Kedai Payang?

Nyawa Pasar Kedai Payang terpaut pada PRK Kuala Besut?
Kematian Exco, yang sepatutnya kita semua berkabung seketika kerana seorang muslim telah meninggal dunia, hanya sempat diucap takziah dan innalillah. Itu sahaja. Apa yang lebih penting yang hendak diutarakan oleh semua makhluk di bumi Malaysia ini adalah, Pilihanraya Kecil. PRK.

Inilah dia, tabiat politik di Malaysia. Memang pantas. Memang laju. Memang drastik.

Dan seperti biasa, SPR akan mengumumkan bahawa PRK akan dibuat 60 hari selepas kekosongan kerusi N01 Kuala Besut itu.

17-15, telah menjadi 16-15.

Lebih 1 kerusi.

Dan yang pasti. PAS akan memainkan semain-mainnya isu Kedai Payang yang akan dirobohkan oleh Mat Said.

Namun, sebenarnya, apa yang berlaku sekarang ini, memang benar, ianya adalah hidup matinya Kedai Payang yang di dalam keadaan akan dimusnahkan, jika BN kekal sebagai kerajaan negeri.

Dengan terwujudnya PRK ini, maka laluan pernafasan Kedai Payang yang seakan mati kembali bernyawa. Dengan berlakunya PRK ini, sudah tentu nyawa Kedai Payang ini bergantung hidup pada undi daripada 17,679 pengundi di DUN Kuala Besut.

Walau dialek sebutan lebih 'e' dari 'ng', walau sanak saudara lebih ke arah Semerak dari Kuala Terengganu, walau lebih mengaku asal Besut dari asal Terengganu, namun kekuatan 'roh' Kedai Payang itu adalah lebih kuat dan utuh untuk menjatuhkan rejim BN Terengganu dari terus memerintah Terengganu.

Ayuh pengundi Kuala Besut, andalah penyelamat kepada Pasar Kedai Payang..... - Ibnmustaffa

Pilihan raya kecil peluang baik untuk Pakatan – Anwar
KUALA LUMPUR 26 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin, ‘kekosongan’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan memberi peluang baik kepada Pakatan Rakyat ekoran penyandangnya meninggal dunia, hari ini.

Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang selesa kepada Pakatan kerana BN hanya memperoleh kelebihan dua kerusi membentuk kerajaan Terengganu.

“Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan.

“Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk PAS menempah kemenangan pada kekosongan itu.

“Pakatan akan sokong calon yang akan diletakkan PAS,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pada PRU 13 lalu, Abdul Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.

Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.

Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53815

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular