KUALA LUMPUR - MCA membantah keputusan Kerajaan Melaka menutup pasar malam Jonker Walk di negeri itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mengkaji semula keputusan berkenaan. "Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kerajaan negeri mendengar bantahan dan rintihan rakyat.
"Kami tidak bersetuju dengan tindakan itu. Kami sangat harap isu ini dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.
Beliau mengulas mengenai keputusan Kerajaan Melaka baru-baru ini menutup Jonker Walk yang menjadi lokasi pelancongan popular di negeri itu walaupun mendapat bantahan peniaga pasar malam di situ.
Sementara itu pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa kecewa dengan alasan yang diberikan kerajaan negeri bahawa penutupan Jonker Walk dibuat kerana kewujudannya mengakibatkan kesesakan lalulintas. "Jonker Walk bukanlah punca kepada kesesakan lalulintas yang berlaku di bandaraya Melaka," katanya.
Sebelum ini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz jelaskan penutupan pasar malam itu hanya bersifat sementara iaitu selama empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. #sumber
Pakatan Rakyat gesa buka semula Jonker Street
26 June 2013
KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mengulangi desakan terhadap Kerajaan Negeri Melaka supaya segera menarik balik penutupan pasar malam Jonker Street kerananya ia jelas bersifat diskriminasi dan perkauman.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, kerajaan negeri yang ditunjangi UMNO perlu segera berhenti dari membuat pelbagai alasan kerana tindakan itu akan membawa kepada pengenepian kaum minoriti.
“Saya melihat strategi utama tindakan ini dibuat adalah untuk menghukum pengundi Cina, jika ianya dibiarkan pastinya akan menjadi permulaan kepada satu siri untuk menindas, menekan, mendiskriminasi dan meminggir serta menghina kaum minoriti yang didakwa telah tidak memberi sokongan kepada mereka.
Baca : Isu Jonker Walk: Idris bohong?

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:
Post a Comment