Wednesday, June 26, 2013

SPR akan mesyuarat tentukan PRK

SPRPUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.

"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kerusi Dun Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail.

Pada pilihan raya umum lepas BN Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. - Bernama

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular