Najib mempunyai tanggungjawab yang terbesar sekarang ini untuk memberitahu rakyat tentang konsessi bloc pengeluaran petroleum seluas 45 ribu kilometer persegi kepada sebuah syarikat, Pexco di Sarawak baru-baru.
Isu ini bukannya isu yang kecil dan Najib serta kabinet negara tidak boleh melengah-lengahkan untuk memberitahu rakyat negara kita ini.
Isu ini bukannya isu yang kecil dan Najib serta kabinet negara tidak boleh melengah-lengahkan untuk memberitahu rakyat negara kita ini.
Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku dan siapa kah yang bertanggungjawab terhadap penganugerahan konsessi pengeluaran minyak yang terbesar itu kepada sebuah syarikat peribadi dan bukannya kepada Petronas? Jika Najib tidak ada dalam negara, Muhyiddin dan kabinet Malaysia wajar memberikan penerangan khas secara serius dalam jangka masa yang terdekat ini.
Petronas juga wajar memberitahu rakyat kenapa dan mengapa bloc yang terbesar itu tidak diperolehi oleh Petronas sendiri? Petronas telah diwujudkan pada tahun 1974 dahulu untuk bertanggungjawab terhadap semua hal tentang pengeluaran minyak samada dipersisiran atau diluar persisiran pantai negara ini sampai bila-bila.
Setiap kerajaan negeri dalam Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Petronas dan dalam perjanjian itu semua hasil minyak dalam negara ini telah di serahkan kepada Petronas dan tidak pada mana-mana pihak yang lain. Ini adalah isu yang sangat besar dan setiap seorang dalam kabinet terutamanya Perdana Menteri, wajib memberitahu rakyat secepat yang mungkin tanpa berlengah-lengah lagi.
Rakyat mahu tahu samada benar kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang jujur kepada rakyat yang telah memberi mandat kepadanya. Jika sah ada elemen penyelewengan serta ‘rompakan’ yang sistematik terhadap harta rakyat dan negara, tidak salah jika rakyat melakukan desakan untuk Najib dan kabinet hari ini meletakkan jawatan secara ‘en bloc’ diatas premis kebertanggungjawaban bersama.
Pexco ini mempuyai kaitan dengan Usaha Tegas Sdn Bhd kepunyaan T Anandakrishnan, manusia yang terkaya di negara ini yang terkenal hubungan baik dengan Dr Mahathir, Penasihat Petronas, serta pimpinan tertinggi negara.
Ada persoalan utama yang kita wajib diberitahu.
Siapa yang memberikan konsessi itu kepada Pexco? Adakah kerajaan Sarawak atau Petronas yang memberikan konsessi itu kepada syarikat empunya Ananda ini? Pendeknya siapa yang memberikan konsessi dan siapa menerima konsessi ini penting untuk diketahui umum.
Pada pertengahan tahun tujuh puluhan dahulu, semua kerajaan negeri termasuk Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk memberikan semua hak mencari dan mengeluarkan minyak kepada Petronas buat selama-lamanya dan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dengan pengeluaran minyak oleh Petronas itu dibayar royalti sebanyak 5 peratus diatas harga FOB.
Lain-lain perkataan perjanjian ini tidak membolehkan mana-mana pihak untuk mendapat konsessi itu selain dari Petronas kerana semua hak keatas minyak dan pengeluarannya serta penjualannya adalah hak Petronas. Tidak sepatutnya timbul isu mana-mana kerajaan negeri memberikan konsessi kepada mana-mana pihak dan jika ia berlaku itu merupakan satu ‘miscarriage of Law’ yang amat serius yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri, termasuk kerajaan Sarawak.
Sekarang ini rakyat mesti diberitahu perjanjian konsessi Pexco ini dilakukan dengan siapa? Apabila terjawab persoalan ini barulah rakyat boleh memilih samada meneruskan tindakan terhadap kerajaan yang telah mereka berikan mandat ini, atau mempersoalkan kewibawaan Petronas itu sendiri.
Dalam isu ini Petronas juga wajar keluar dengan kenyataan tegas yang syarikat petroleum nasional itu tidak terlibat dengan pemberian konsessi ini. Jika konsessi itu diberikan oleh Petronas maka isunya bukan lagi dengan kerajaan, tetapi dengan Petronas itu sendiri dan rakyat mahu tahu kewajaran konsessi ini diberikan kepada Anandakrishnan pula.
Kepada PM Najib...Kami hendak tahu cerita sebenarnya sekarang. Jangan dilewat-lewatkan jawapan ini. Rakyat tidak mahu lagi isu rompak-merompak terhadap harta rakyat ini terus-terusan berlaku.
Balik sahaja dari Tanzania ini, Najib terus sahaja berikan jawapannya kepada Parlimen kerana persoalan ini juga telah timbul diParlimen. Ini isu yang sangat serius, dan semua rakyat wajar mengikutinya secara dekat kerana harta yang disyaki diselewengkan ini adalah harta kita semua. - Aspan Alias
Mengapa Bapa Mukhriz masih nak kuasai Petronas?
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar) berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.
“Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.
"Wujudkan Majlis Penasihat dan ahli-ahli dari wakil negeri yang mengeluarkan minyak itu ada bersama dalam majlis penasihat itu, bukan wakil Petronas sahaja,” katanya.
Merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh negeri-negeri adalah diserahkan kepada Petronas dan sebagai balasan Kerajaan Negeri-Negeri akan dibayar bayaran tunai (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states).
Selain itu, beliau mempersoal penganugerahan satu kawasan cari gali minyak kepada syarikat individu bernama Pexco.
Pexco milik Ananda Krishnan yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir.
"Satu kejutan kepada kami bagaimana satu kawasan besar minyak dan gas diberi kepada syarikat individu terutamanya orang yang begitu rapat dengan Tun Mahathir.
"Kalau kita bandingkan ini akan menguntungkan syarikat individu tertentu, jika kita bandingkan apa yang telah berlaku di Kelantan dan Terengganu di mana royalti mereka ditarik balik sedangkan individu dapat projek besar," tegasnya.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment