Friday, June 28, 2013

GempaQ!!! Utusan Protes Sidang DUN , 100, 000 berdemo...? Wakaka


Wartawan Utusan buat lawak depan DUN Pulau Pinang?
Biasanya protes atau demo akan dilakukan beramai-ramai, tapi wartawan dari Utusan ni demo sorang diri saja.. kesian aku tengok..

Kemana menghilang agaknya macai-macai UMNO yang sering mengadakan demo dihadapan bangunan DUN Pulau Pinang ni?..
Yalah.. biasanya depa tu paling seronok buat demo kat Pulau Pinang ni.. hari jumaat saja demo.. hari jumaat saja demo..

Kenapa tak tolong meramaikan demo tu?.. Tak ada peruntukan untuk demo lagi ke kali ni?
Mamat di atas protes sebab dia tak dibenarkan buat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan Utusan protes, dakwa dihalang masuk DUN
Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: “Ketelusan telah mati di sini”.

Sementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia.

ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini.

“Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi,” kata Law dalam satu sidang media.

DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011.

Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media ~ Malaysiakini

Bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pulak kata “Ketelusan telah mati di sini”... selama ini laporan dari Utusan tu telus ke? ASD

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular