Tuesday, June 25, 2013

Gempaq!! Bekas MB Johor dapat habuan!! Kesian Ali Rustam kikiki

Bekas MB Johor Di Lantik Pengerusi Sime Darby, Apa Dah Jadi Dengan KM Melaka?
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin Omar.


Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan.

"Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013," katanya. Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 8 November, 2012.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu.

"Sime Darby berbesar hati terima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar," katanya. ~mStar

Dan inilah nasib Ali Rustam...

'Ali Rustam Sukar Fahami Boleh Kalah'
Kekalahan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya Ahad lepas menghasilkan satu kesimpulan yang mengejutkan bahawa jasa dan bakti serta kerja keras yang dicurah selama ini tidak semestinya menjamin kemenangan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 46,167 undi di Parlimen Bukit Katil.

Seperti banyak penganalisis politik, Mohd Ali sendiri sukar memahami keputusan pengundian yang tidak berpihak kepadanya walaupun beliau telah 13 tahun berbakti di Melaka.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat," katanya selepas menerima keputusan itu.

Dalam PRU13, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu iaitu Ayer Keroh dan Bachang dimenangi DAP manakala Bukit Baru jatuh ke tangan PAS. Hanya DUN Ayer Molek dimenangi BN.

Mohd Ali yang merupakan anak jati Bukit Katil itu sememangnya terkenal sebagai seorang kuat bekerja malah ada menggelarnya 'workaholic' kerana tugasnya yang bermula seawal pagi hingga awal pagi keesokannya.

Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada 2 Dis 1999, Mohd Ali telah merangka serta merancang pembangunan negeri khususnya dalam sektor pelancongan melalui Pelan Induk Pelancongan Negeri Melaka yang berjaya mempelbagaikan produk
pelancongan di negeri itu.

Projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka merupakan contoh kejayaan pelan itu apabila lebih satu juta orang mengunjungi sungai berkenaan pada 2012.

Malah, Melaka yang diiktiraf sebagai negeri maju pada 2010 turut dinobat sebagai antara destinasi pelancongan terbaik dunia yang mesti dilawati oleh akhbar berpengaruh The New Times.

Dari segi kebajikan rakyat, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan kepada rakyat tanpa mengira kaum termasuk pembinaan 6,111 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga 2011 dengan kos lebih RM60 juta selain RM84 juta diagih kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun lepas.

Penganalisis Politik Prof Datuk Dr Ramlah Adam turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan PRU13 itu kerana Mohd Ali disifatkan seorang pemimpin yang kuat bekerja, komited dan tiada protokol dalam bertemu rakyat.

"Rakyat memilih bukan calon yang bekerja kuat tetapi mereka memilih sebaliknya... biasanya kita akan kalahkan calon sekiranya dia tidak bagus, tetapi bagi kes (Mohd Ali), ia berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Mohd Ali telah berjaya membangunkan Melaka khususnya kawasan Bukit Katil daripada sebuah kampung biasa ke arah yang lebih moden dan maju dengan segala kemudahan yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau merpendapat pengundi baru terutama golongan muda yang kurang mengenali atau mengetahui pengorbanan ketua menteri itu merupakan antara faktor kekalahan itu.

"Perbezaan 5,447 undi adalah terlalu besar kerana Shamsul Iskandar adalah orang baru yang tiada sumbangan dan tidak ramai mengenalinya jika dibandingkan dengan Mohd Ali," katanya. ~bernama


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular