AMPANG - Seorang pelakon lelaki yang pernah dihukum kerana memiliki dadah pada 2009, ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pagi semalam.
Menurut laporan akhbar tempatan, pelakon berusia 35 tahun yang juga anak kepada seorang pelakon terkenal, ditahan bersama tiga lelaki lain dan dua wanita berusia antara 27 hingga 37 dalam serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sekitar jam 11.30 pagi.
Seorang daripada wanita terbabit dipercayai teman wanita pelakon itu yang juga pernah ditahan pada 2009.
Polis menemui satu paket syabu seberat 4.7 gram dalam bilik di rumah terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil ujian awal air kencing mendapati empat lelaki itu positif dadah jenis methaphitamine manakala dua wanita terbabit negatif.
Menurutnya, sumber polis masih menyiasat termasuk mengenal pasti dari mana dadah itu diperoleh dan tujuan mereka menyimpannya sama ada untuk dijual atau kegunaan sendiri.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman, katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati keenam-enam yang ditahan pernah disiasat berkaitan kes dadah.
Siasatan awal mendapati rumah dimiliki seorang daripada lelaki yang ditahan dipercayai digunakan sebagai lokasi jual beli dan menagih dadah.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap pelakon berkenaan atas kesalahan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya di Jalan Segambut pada Mac 2009. omakkau
Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. idaman78
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment