SPR T'ganu: P'raya kecil paling lewat 27 Ogos
Yang Dipertua DUN Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.
Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong menyerahkan surat itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat beliau di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu pada 10 pagi ini.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.
Fakhrul Razi berkata beliau akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
"Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos depan," katanya. Peraturan pilihan raya menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi kekosongan kerusi.
A Rahman ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.
Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu bagi Barisan Nasional (BN) setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi.
- Bernama
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment