Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa tindakan membahas titah Yang Dipertuan Agong, yang menyeru agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, merupakan satu penderhakaan.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, perbahasan itu dilakukan bukan untuk menderhaka tetapi sekadar memberi teguran.
Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas titah berkenaan namun teguran serta bukti berhubung dakwaan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diberikan bagi memberi penjelasan kepada pihak istana.
"Apa saya kata, saya kata titah Tuanku saya junjung kasih... tetapi Tuanku juga berhak diberi bukti dan fakta bahawa Tuanku harus menimbangkan pandangan sebahagian daripada rakyat. Kalau tak jelas, kami dalam Pakatan akan bawa bukti dan persembahkan pada istana negara," katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru) di Parlimen hari ini.
Abdul Aziz membangkitkan sama ada pembangkang memberi gambaran bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam membaca titah berkenaan dalam keadaan tidak faham, secara dipaksa atau terpaksa.
Mengulas perkara itu, Anwar berkata teguran dalam perbahasan seperti itu bukanlah satu bentuk tindakan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Sistem Diraja yang berkuasa mutlak menjadikan rakyat tak boleh persoal. Kita faham, dalam sistem beraja dalam kuasa mutlak pun, perdana menteri dan penasihat bukan mengampu tetapi memberi saranan dan teguran.
"Perlembagaan kita itu jelas, Bila beri teguran, sejak tahun 1957 lagi, (kalau) semua orang beri teguran ia bukan umpama menderhaka atau menghina.
Ucapan itu adalah titah Diraja atas nama kerajaan yang memerintah. Kalau itu tak faham, susah. Kalau itu maksudnya (menderhaka), tak payah debatlah,"
Perkara itu timbul ekoran kenyataan Anwar semalam, bahawa titah Yang di-Pertuan Agong upacara perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.
Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya. Mk
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment