Monday, June 24, 2013

Panas!! Undi bersurat bukti Najib tidak percaya MP BN, Dewan pun mahu tipu undi?


KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikaikan proses pengundian Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang menggunakan kaedah ‘undi bersurat’ yang didakwa tidak memberi kebebasan kepada anggota dewan untuk membuat pilihan.

Ia berikutan, setiap anggota Dewan Rakyat perlu menulis nama calon Speaker dan nama mereka sendiri serta menandatangani kertas undi sebelum diserahkan kepada Setiausaha Parlimen, Rosmee Hamzah.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar antara yang terawal mempertikaikan kaedah pengundian itu sebelum ia disokong oleh pimpinan PR lain antaranya, Tian Chuan (PKR-Batu) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

“Kenapa perlu tandatangan? Perdana Menteri tidak percaya dengan ahli Parlimen BN sendiri ke?” sindir Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu.

Terdahulu, Setiausaha Parlimen mengumumkan dua calon yang masing-masing dikemukakan oleh PR dan Barisan Nasonal (BN).

PR melalui Ahli Parlimen Bandar Tun RAzak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, sementara BN menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker. - Harakah

Dewan Rakyat dicemari penipuan undi Speaker

KUALA LUMPUR 24 JUN: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 setelah mendapat majoriti undi yang dicemari penipuan.

Pandikar mendapat undian sebanyak 133 undi dari wakil BN berbanding calon Speaker yang dicadangkan Pakatan Rakyat, Datuk Kadir Sulaiman yang hanya meraih sebanyak 89 undi dari wakil Pakatan.

Nama Pandikar dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebelum disokong oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khalid Ibrahim mencadangkan Kadir sebagai Speaker.
Khalid Ibrahim mencadangkan Kadir sebagai Speaker.
Dari Pakatan pula, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan nama Kadir sebagai Speaker sebelum disokong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Karpal Singh.

Ketika pengundian berjalan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikai tandatangan yang perlu diturunkan di atas kertas undian selepas undian dibuat sebelum disokong oleh MP Segambut, Puchong dan Sepang.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak Setiausaha 1 Dewan membaca standing order bagi memahami pertikaian yang dibangkitkan.
“Dewan pun mahu tipu undi?” sindir Tian.

Speaker pula dalam ucapannya memaklumkan kerusi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat disusun mengikut kekananan (senioriti) sebagai satu parti.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53721

Dahla menang pun menipu, lantik speaker pulak cara haram!

Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa
KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

“Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya,” ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

“Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

“Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas,” jelas beliau lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga.

Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi.

Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi.

“Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang Pilihanraya dalam isu dakwat kekal,” ujarnya.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular