KUALA LUMPUR : Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Justin Tan (Stampin) berhubung dakwaan dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memiliki ijazah palsu.
“Saya dengan sekeras-kerasnya membidas kandungan kenyataan mereka. Kerana ia dilakukan di luar Dewan Rakyat, apa yang saya akan lakukan ialah meminta peguam-peguam saya mengendalikan hal ini,” katanya kepada pada pemberita di sini, Rabu.
Beliau menambah, ia merupakan tuduhan “fitnah yang serius”.
“Ijazah Sarjana saya dalam Sumber Manusia daripada Hertfordshire, London, begitu juga Ijazah saya dalam Sumber Manusia. Sebab itu saya dalam Kementerian Sumber Manusia.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya membidas perkara ini sebagai satu fitnah. Biar peguam saya mengendalikannya.”
Terdahulu, Ong, bersama dua lagi Ahli Parlimen mendakwa kedua-dua Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin memiliki ijazah palsu.
Ong berkata, dalam laman web Kementerian Sumber Manusia, Riot disenaraikan memiliki ijazah ‘Charted Institute of Business Management’ di Ireland, dan Universiti Preston di Amerika Syarikat (AS).
Katanya, Universiti Preston adalah sangat terkenal sebagai universiti yang palsu sebagaimana dilaporkan oleh beberapa laporan akhbar, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat menjumpai laman web untuk Charted Institute of Business Management’ Ireland.
Ong menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kedua-dua individu itu meletakkan jawatan sekiranya beliau serius terhadap integriti dalam Kabinetnya.
Mengenai isu Ewon, Riot tidak mengulasnya.
“Saya hanya tahu tentang diri saya.”
Katanya, beliau tidak tahu di mana Ong mendapat maklumat mengenai 'ijazah palsu' dan di mana sahaja mereka mendapatkannya tidak penting.
“Apabila Perdana Menteri melantik seseorang menyertai Kabinetnya, beliau akan memastikan pilihannya itu dalam menjalankan tugas. Dan tugas di Kementerian Sumber Manusia bukannya mudah,” kata Riot. sabahkini
DAP dakwa dua menteri miliki ijazah palsu
DAP hari ini mendakwa dua menteri kabinet memiliki sijil ijazah yang palsu.
MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari "kilang ijazah" di Preston dan Wyoming, Amerika Syarikat.
"Adakah ini transformasi apabila ada dua menteri yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pembangunan modal insan dalam negara kita?
"Ia sangat mengecewakan kerana pada hari pertama Parlimen bersidang, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik dua menteri yang memiliki ijazah palsu daripada institusi yang menjadi pengilang ijazah," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Ong mendakwa, seorang dari menteri tersebut memiliki ijazah bacelor dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Preston University.
Katanya, beliau tidak menemui apa-apa laman web yang dimiliki Chartered Institute of Business Administration Ireland.
Preston Universiti pula sememangnya dikenali sebagai universiti yang palsu, dakwanya.
Seorang lagi menteri berkenaan, dakwanya memiliki ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Golden State University di Wyoming.
Menteri tersebut juga memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Terbuka Komanwel yang berpusat di kepulauan Virgin, dalam jajahan Britain, dakwanya.
"Kedua-dua institusi ini disenaraikan sebagai universiti yang tidak tidak bertauliah dan ijazah yang tidah sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine," katanya.
Sehubungan itu, Ong berkata, kedua-dua menteri tersebut perlu meletakkan jawatan bagi melindungi integriti dan kredibiliti kabinet yang diketuai oleh Najib.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment