Sunday, June 23, 2013

Anwar tegaskan perubahan akan berlaku secara aman


KUALA LUMPUR 22 Jun: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang perubahan yang bakal berlaku di negara ini akan dibuat secara aman.

Berucap dalam Himpunan Black 505 di Padang Merbok hari ini, Anwar mengulangi tuntutan Pakatan Rakyat agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Katanya, tuntutan rakyat jelas iaitu mahu kedua-dua pemimpin SPR itu berundur, namun ia akan dibuat secara aman sepertimana himpunan hari ini.

“Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman,” katanya depan puluhan ribu rakyat yang hadir.

Pakatan sebelum ini memfailkan 39 petisyen berhubung penipuan dan salahlaku pilihan raya membabitkan kawasan parlimen dan DUN seluruh negara.

Tegas Anwar, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Tan Sri Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan kerana kegagalan mereka, khususnya dalam isu dakwat kekal dan berpihak kepada Umno-BN.

“Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah,” katanya dipetik harakahdaily.

Beliau juga memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.

“Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno,” katanya.

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti didakwa pihak tertentu.

Namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.
“Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN,” katanya.

Selain mendesak pemimpin SPR berundur, Himpunan Black 505 menuntut agar pilihan raya diadakan semula di kawasan berlaku penipuan.

Di samping itu, ia juga menggesa agar persempadanan semula tidak dilakukan hingga anggota SPR yang dipersetujui Pakatan Rakyat dilantik. - KeadilanDaily

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular