Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata kadar bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih belum diputuskan memandangkan ia masih perlu dikaji.
Menurutnya, sekiranya Malaysia melaksanakan GST tersebut, mekanisma bagi melindungi golongan berpendapatan rendah akan dilakukan kerajaan dengan mewujudkan pengkadaran sifar kepada barangan asas.
"Tentunya kerajaan negara mahukan sistem kutipan cukai yang terbaik dalam menguruskan kewangan kerana peningkatan hasil akan membolehkan peningkatan perbelanjaan untuk kepentingan peningkatan ekonomi.
"Sekiranya dilaksanakan, kita dah buat kajian bahawa sekiranya diadakan, pengkadaran sifar GST pada barangan asas diperlukan oleh rakyat terutama golongan pendapatan rendah dalam konteks beras, gula, minyak masak, sayuran, ternakan, daging, ikan, udang ketam, ayam, elektrik untuk 200 kilowatt.
"Isu yang dibangkitkan iaitu kadar GST, (seperti) saya nyatakan, belum buat keputusan dan belum tetapkan kadar GST tersebut," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) di Parlimen hari ini. mk
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment