Thursday, June 27, 2013

Ijazah Palsu Menteri: bukti dari laman web kementerian dipadamkan

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming menegaskan maklumat berhubung ijazah palsu Menteri Sumber Manusia, Richard Riot diperoleh dari laman web kerajaan dan bukannya fakta yang sengaja direka.

Beliau berkata demikian merujuk pada penafian Richard semalam yang mendakwa tidak memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Chatered Institute of Bussiness Administration, Ireland.

Richard menyangkal pendedahan itu dengan menyatakan kedua-dua ijazahnya adalah dari University of Hertfordshire di London.

Sehubungan itu, Kian Ming dalam sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengemukakan bukti dan menggesa Richard agar menjelaskan perincian maklumat yang diperolehnya itu.

“Maklumat yang saya peroleh adalah dari laman web kerajaan sendiri, dimana ia dengan jelas menyatakan bahawa individu bernama Richard Riot ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration, Ireland pada tahun 1994.

“Manakala satu lagi ijazahnya dari Preston University, Amerika Syarikat. Malah ketika disemak pada jam 11.52 malam, semalam, laman web Kementerian Luar Negeri juga masih menunjukkan biodata itu.

“Jadi saya ingin tanya mengapa laman web itu menyenaraikan kelayakan beliau begitu dan bukan dari apa yang beliau sendiri katakan? Kita mahukan penjelasan,” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan Strategis Pilihanraya DAP turut melampirkan bukti kelayakan akademik palsu yang dimiliki oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin telah dipadamkan dari laman web Kementerian.

“Laman web Kementerian iaitu MoSTI sebelum menunjukkan bukti bahawa Ewon memiliki ijazah dari Golden State University, Amerika Syarikat.

“Namun selepas pendedahan yang kami lakukan, data tersebut telah dipadamkan setelah disemak pada jam 12.01, awal 27 Jun 2013,” ujarnya.

Kian Ming turut mengulangi desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.

“Kami menyeru Najib meminta perletakkan jawatan kedua-dua menteri itu kerana tidak ikhlas mengenai kelayakan pendidikan mereka atau memperolehi ijazah yang meragukan dari ‘kilang ijazah’,” tegasnya. -Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular