Monday, June 24, 2013

Gempaq! Timbalan Pengerusi SPR baru sedar ada "DUNIA AKHIRAT" kah kah kah

Timbalan Pengerusi SPR tidak maafkan dunia akhirat orang yang cerca dan pijak gambarnya..
Antara kata-kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai tindakan peserta himpunan ‘Black 505’ yang mencerca serta memijak posternya dalam himpunan tersebut Sabtu lalu..

“Tidak mengapalah, mereka akan bertanggungjawab diakhirat nanti dan saya tidak akan maafkan mereka dunia akhirat, Ia adalah perbuatan khianat, biadab dan saya tahu mereka semua sudah dikelirukan oleh pemimpinnya.

“Kita ada saluran, kalau ada bukti bawalah ke mahkamah dan kita jumpa di mahkamah, bagi saya apa yang mereka lakukan ini adalah satu dosa besar. Saya tidak ada masaalah dengan apa yang mereka lakukan dan kita tidak akan berganjak kerana kami tidak bersalah.

Ha.. ha.. ha.. bila muka dia dah kena pijak, baru dia ingat adanya akhirat dan itu adalah perbuatan khianat.

Tidak terfikirkah beliau adanya akhirat ketika beliau bersekongkol untuk menipu dengan berbagai kaedah dalam pilihanraya yang lalu hanya kerana mahu memberikan kemenangan kepada tuan UMNO nya?

Tidak ingatkah beliau adanya akhirat apabila mengkhianati amanah yang dipikulnya iaitu berlaku adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bertanding dalam PRU13 lalu?

Penipuan yang paling ketara ialah penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, bermati-matian beliau mempertahankan kononnya dakwat kekal yang tidak kekal itu hanyalah helah atau fitnah Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun setelah ribuan laporan Polis dibuat terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, beliau tetap tidak mahu mengaku penipuan yang telah berlaku itu malah cuba menyalahkan petugas SPR pula dengan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas.

Ini kata-katanya setelah tak tertepis serangan mengenai dakwat kekal yang tak kekal itu..

“Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.

“Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama,” ~ Berita Harian

Mengenai persempadanan semula bahagian Parlimen dan Dewan Undangan Negeri/DUN Malaysia pula asasnya mempunyai tujuan yang baik iaitu memudahkan wakil rakyat (ahli Parlimen/ahli Dewan Undangan Negeri) untuk berhubung dan berkhidmat kepada pengundi..

Kerana ia dilakukan berlandaskan kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan sempadan kawasan dan aksessibiliti/ketersampaian.

Tetapi ianya dibantah kerana sejarah telah membuktikan bahawa setiap pilihanraya yang diadakan setelah persempadanan semula dilakukan, BN akan perolehi lebih banyak kemenangan, kajian dari beberapa buah Universiti membuktikan perkara ini.

Ini kerana konsep ‘Gerrymandering’ telah dipraktikkan dengan jayanya oleh SPR dalam hal ini..

Buat yang tak tahu apa bendanya ‘Gerrymandering’ ini..

Konsep ini ialah satu konsep yang menerangkan tindakan memanipulasi atau tindakan secara sengaja pihak yang mempunyai kuasa politik dalam sesuatu wilayah negeri atau tempat dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan - kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang.

Tindakan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan undi parti pemba ngkang sama ada dalam satu kawasan kecil ataupun kawasan yang berhampiran .

Selain itu tindakan ini akan membolehkan parti pemerintah mendapat lebih banyak undi dalam pilihan raya berbanding parti pembangkang, walaupun tindakan ini "illegal‟ tetapi ia memberi kelebihan kepada parti pemerintah dalam mengekalkan kuasa mereka dalam sesuatu kawasan.

Terdapat tiga teknik atau cara "gerrymander districts‟ atau cara memanipulasi kawasan menurut teori ini.

Cara pertama iaitu melalui konsep "Excess Vote‟.
Melalui cara ini undi untuk parti pembangkang akan dihadkan dalam sesuatu kawasan yang tertentu sahaja.. Bagi kawasan disekitarnya atau selain daripada kawasan ini, kuasa atau pengaruh pihak pembangkang akan "dicairkan‟ dengan undi majoriti pihak pemerintah.

Contohnya Kelantan ialah kawasan yang kuat menyokong pihak PAS oleh itu Kerajaan Pusat akan cuba menumpukan perhatian kepada negeri Pahang dan Terengganu dalam pilihan raya bagi memastikan kedua - dua negeri ini tidak akan dit awan oleh PAS.

Ini bermakna parti kerajaan mengehadkan kuasa pihak pembangkang keatas negeri Kelantan sahaja.

Cara yang kedua ialah melalui "Wasted Vote‟
Iaitu tindakan bagi mengurangkan pengaruh pihak pembangkang dalam sesuatu kawasan dan menghalang pihak pembangkang memperolehi un di majoriti sebanyak yang boleh cara yang dilakukan ialah dengan memasukkan kawasan yang dijangka boleh dimenangi oleh pihak pemerintah kedalam kawasan yang di menangi oleh parti pembangkang atau kawasan yang banyak undi parti pembangkang.

Contohnya kawasan A sebuah kawasan ramai penduduk yang menyokong parti pembangkang manakala kawasan B pula lebih kepada parti pemerintah.

Bagi memastikan parti pemerintah dapat memenangi kawasan A , penstrukturan baru dibuat iaitu dengan memasukan satu atau lebih bahagian dari kawasan B ke dalam kawasan A dan mengeluarkan satu bahagian atau lebih kawasan A kepada kawasan C.

Tindakan ini akan membolehkan parti pemerintah memenangi pilihan raya akan datang dengan nisbah 1:2.

Cara yang ketiga ialah melalui kaedah wang “stacked ”.
Melalui kaedah ini kawasan yang jauh dari bandar akan dijadikan kubu untuk parti pemerintah mengekalkan kuasanya.

Konsep ini boleh dikatakan seperti konsep "hutang budi ‟ dimana pihak pemerintah akan menggunakan kaedah wang bagi membangunkan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar ini, biasanya masyarakat luar bandar akan berpegang kepada konsep "balas budi ‟ .

Selain itu, mereka juga akan berpendapat sekiranya mereka tidak menyokong parti pemerintah tetapi menyokong parti pembangkang mereka akan menghadapi masalah kerana rata - rata penduduk luar bandar terdiri daripada penduduk miskin.

Dah faham apa itu ‘Gerrymandering’?
Oleh sebab itu persempadanan semula oleh pihak SPR yang jelas memihak kepada BN adalah ditentang..

Jika Timbalan Pengerusi SPR boleh berkata "saya tidak akan maafkan mereka dunia akhirat".. bagaimanapula jika rakyat yang membayar gajinya melalui cukai yang dikutip kerajaan berkata "Saya tidak akan halalkan setiap sen gajinya yang dibayar kerajaan kerana khianat?"ASD

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular