Monday, June 24, 2013

Tiada lagi #Black505, buat masa ini

Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka.

"Untuk masa ini, tidak," katanya dalam sidang media selepas pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan di Ampang hari ini.

Anwar menambah, Pakatan harus melihat ke depan dan akan terus mengasak agenda menolak penipuan pilihan raya yang didakwa berleluasa. Mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular