Jangan terlalu emosi, Nak main politik kenalah matang. Bersabar setiap pergerakan tentu ada perancangan. Yang penting jangan membabi buta macam kita tahu segalanya. Kalau rasa diri tu dipergunakan kenapa tak tanya org yang memimpin gerakan?! Itu lebih baik dari berperasangka buruk sesama sendiri. Ada benda kena tahu, ada benda hanya pemimpin jer tahu. Kalau sume benda tahu baik korang je yang bertanding kerusi Parlimen tuh! Nak berperang kena pakai strategi bukan main belasah jer...
Mengapa Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah dipertikaikan??
Salah ke menghormati DYMM Agong yang merasmikan Sidang Parlimen buat pertama kalinya untuk tahun 2013? Lagipun jika x mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bagaimana mereka nak membawa masalah rakyat dan isu isu salahlaku BN di Parlimen? Bagaimana nak bagi korang peruntukan dan bantuan bila diperlukan? Kehadiran Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.
Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar kemudiannya, ia sememangnya sudah dirancang sedemikian rupa sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat duduk Anwar sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dengan majlis bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri mengapit kedudukan Speaker. tidak ada salahnya Anwar duduk semeja dan gelak ketawa sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi.
Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan bergasak. Anwar dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung. Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Aku bukan nak tunjuk pandai dalam politik ni tapi sebagai salah seorang penggerak Reformasi 1998 dan anggota parti (PKN 1999 dan selepas itu ditukar ke PKR 2004) sejak era reformasi melihat perkara ini biasa. Kalau macam tu bagaimanakah korang pula yang hari hari duduk makan semeja dan berguaru senda dengan orang UMNO sekeliling korang? Please, jangan hipokrit!!! Apa yang peliknya pada gambar yang dipapar dan diprovok oleh macai2 UMNO? Apa niat Macai2 UMNO dan Media kerajaan berbuat demikian? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah itu memfitnah dan melemahkan semangat rakyat yang selama ini bangkit menentang kerajaan UMNO BN.. Apakah rakyat akan termakan dengan dakyah UMNO tersebut? Jangan la berfikiran sempit dan meletakkan diri kita semua sebaris dengan pencacai pencacai lembUMNO yang sememangnya x pernah guna fakta dan otak untuk bersuara..
Sorry kepada sesiapa yang terasa atau x puas hati, aku cakap bagi pihak aku.. Bagi aku, jangan sampai masuk lubang jerat ciptaan UMNO-BN yang selama ni menyamar dan berdiri disebelah kita hanya untuk mencari peluang untuk mengapi apikan sesama kita supaya perjuangan rakyat hancur. - Orenji Ren Oren
Apa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?
Tindakan Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.
Anwar sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di laluan menuju ke Parlimen.
Anwar lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah. Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Dalam hal ini tidak saja Anwar yang dituduh menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya ditaksir bersubahat sama.
Kemudian tersebar pula gambar-gambar Anwar duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah tiada permusuhan antara mereka. Gambar Anwar bergambar bersama Najib dan Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.
Penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini sebagai hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai Anwar serta Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk menggoncang keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong perjuangan PR seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.
Ternampak ramai juga penyokong pro pembangkang yang mula goyah dengan isu ini dan merasakan ada kebenarannya. Ada yang terasa hati, terguris perasaan dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat Anwar itu. Ada pula yang berkata, kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan Najib dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika penyokongnya sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya dan mungkin pula dihumban ke penjara.
Kehadiran Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.
Memang ramai yang mahu mencabar Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi. Jika semua Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah, serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.
Dalam hal ini kehadiran mengangkat sumpah adalah keputusan terbaik untuk mengelakkan serangan lebih buruk. Lagi pula dalam mempertikaikan peranan SPR, petisyen bantahan keputusan pilihanraya di beberapa kawasan tetap juga berjalan dan prosesnya tidak terganggu sama-sekali.
Ada pula yang berpendapat kenapa Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR tidak memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin membantah? Tindakan ini juga berisiko tinggi. Walaupun selepas majlis angkat sumpah semalam, Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai masa enam bulan untuk berbuat demikian tetapi ia bergantung pula kepada adanya hal-hal mustahak yang tidak boleh dielakkan sebagai alasannya.
Tetapi tindakan ini juga boleh dianggap tidak menghormati, malah mempersenda Yang Dipertuan Agong yang bakal merasmikan pembukaan Parlimen itu. Mereka yang tidak mengangkat sumpah tidak boleh hadir di majlis pembukaan yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong. Jika ini berlaku, tentulah serangan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen PR ini lebih dahsyat lagi.
Ada pula kelompok lain berkata, jika benar mahu membantah, kenapa tidak dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan supaya pilihanraya kecil semula boleh diadakan? Memang benar jika selepas tempoh enam bulan tidak mengangkat sumpah, kedudukan Ahli Parlimen seseorang itu akan terlucut tetapi tidak semestinya perlu diadakan pilihanraya semula.
Jika kes itu dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati tindakan tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak disebabkan hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi kemenangan kepada calon yang kalah dan tidak mengadakan pilihanraya kecil semula, akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara percuma oleh BN. Tentulah tak pasal-pasal BN menang 100% di kesemua 222 kerusi Parlimen.
Dalam masa yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka yang sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, jika pun dengan terus tidak mengangkat sumpah dan pilihanraya kecil diadakan semula, Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan lain-lainnya tidak boleh dicalonkan untuk bertanding semula.
Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.
Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar kemudiannya, ia sememamgnya sudah dirancang sedemikian rupa sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat duduk Anwar sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dengan majlis bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri mengapit kedudukan Speaker.
Jika Anwar memulaukan majlis itu, beliau akan dilihat tidak tahu bersosial dan tidak menghormati adab di majlis rasmi. Pemulauannya pasti akan mengundang kecaman yang lain pula.
Lagi pula tidak ada salahnya Anwar duduk semeja dan bergelak ketawa sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi. Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan bergasak. Anwar dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung.
Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Sementara penyokong Anwar dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya. - Oleh Shahbudin Husin
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment