KOTA BHARU: PAS Kelantan memohon polis membebaskan segera Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Pada masa yang sama pihak polis juga perlu menggungurkan sebarang dakwaan ke atasnya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika menghubungi Harakahdaily berkata pihaknya akan menyediakan panel peguam terbaik untuk membela Husam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kelantan berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung penangkapan Husam semalam mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan di Desa Pandan.
Husam seterusnya dibawa ke Balai Polis Ampang sebelum di bawa ke IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa.
“Saya memohon pihak polis membebaskan Datuk Husam dan pada masa yang sama mereka juga perlu menggugurkan sebarang dakwaan ke atasnya,”ujarnya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, cuba untuk bertemu dengan Husam, bagaimanapun ianya tidak dibenarkan.
Turut bersamanya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Turut menyatakan rasa simpati Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malam tadi turut berhimpun memberi sokongan moral kepada Husam bersama rakyat selain isteri dan anggota keluarga terdekat, Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.
Hadir sama Adun Demit Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah. Abdul Rahman ketika berucap pada perhimpunan itu menyeru rakyat seluruhnya bersabar dengan insiden yang menimpa Husam.
“Namun yang lebih penting kita menunaikan solat sunat hajat agar Allah permudahkan urusan kita dan memberi keselamatan pada Datuk Husam dan keluarga agar sentiasa selamat,”ujarnya. (Hrkh)
KOTA BHARU: Kawalan ketat di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, tempat Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan.
Orang ramai tidak dibenarkan berada di kawasan IPD kecuali wartawan dan peguam.
Ramai anggota polis berkawal termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Hanya dua peguam sahaja dibenarkan masuk ke kawasan IPD iaitu Abdul Rashid Yah bersama seorang peguam. - Harakahdaily
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment