KUALA LUMPUR, 27 JUN: Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen DAP, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi menyifatkan PAS sebagai parti penting dalam menumbuhkan semangat politik oposisi.
Bercakap pada forum ‘Islam, Sosialis, Liberal dan PAS dimana? malam tadi, Mustaqeem berkata, tradisi oposisi negara sememangnya dicorak oleh PAS
“Pada ingatan saya, PAS yang saya kenal adalah yang memberi semangat dan menumbuhkan jiwa oposisi.
“Antara yang paling awal, tahun 1986 peristiwa Memali telah membawa saya untuk belajar di sekolah agama dan apa yang membentuk saya hari ini tidak terlepas dari PAS.
“Kita tidak boleh menafikan bahawa oposisi negara tidak akan ke mana kalau bukan kerana PAS,” katanya dalam forum anjuran Free Public Forum (FPF) bertempat di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) itu.
Katanya, soal sama ada parti itu liberal atau sosialis tidak harus menjadi permasalahan kerana dalam parti politik ia merangkumi pelbagai aliran.
“Saya rasa tidak ada parti politik yang tetap bentuknya, kesemua parti tidak kira PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses untuk ‘menjadi’.
“Contohnya mungkin DAP lebih sosialistik berbanding PKR. PAS pula misalnya menunjukkan sifat sosialistik melalui tokoh bernama Burhanuddin Al-Helmy yang berhujah dengan retorik sosialis. Ini salah satu dari kepelbagaian,” ujarnya.
Namun, beliau menyatakan perjuangan PAS akan terus kekal dalam politik negara jika mengetepikan soal remeh temeh berkenaan ideologi tapi lebih memberi penumpuan kepada perkara asas.
“Ke mana dan dimana PAS, pada saya mereka akan terus bertahan lama dengan lebih menumpukan pada perkara ‘fundamental’ contohnya soal hak rakyat.
“Tapi ianya terpulang kepada mereka untuk kekal pada fahaman tradisional atau bergerak ke depan,” ujarnya. -Roketkini.com
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment