Thursday, June 27, 2013

Lu Akhirnya Jilat Ludah Sendiri..Beb !!! kah kah kah


KM: 300 peniaga Jonker Walk boleh berniaga seperti biasa
Kira-kira 300 peniaga boleh meneruskan perniagaan mereka seperti biasa di kawasan pasar malam Jonker Walk pada setiap hujung minggu, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, arahan penutupan gerai yang kebanyakkannya menjual cenderamata di Jonker Walk itu hanya salah faham, sebaliknya penutupan itu hanya melibatkan laluan kenderaan di kawasan berkenaan.

Jelas beliau, jalan sekitar Jonker Walk yang menjadi tumpuan pelancong itu dibuka semula untuk kenderaan yang ketika ini ditutup bermula 6 petang hingga 12 malam pada setiap Jumaat hingga Ahad bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. "Arahan pembukaan jalan ini, berikutan aduan orang ramai dan pelancong mengenai kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut terutama pada hujung minggu," katanya kepada Bernama di Melaka hari ini.

Idris berkata isu menghalang peniaga berniaga di Jonker Walk pada hujung minggu, sengaja dimanipulasikan pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

Di tanya sama ada pembukaan jalan tersebut menyukarkan pengunjung dan peniaga, Idris berkata: "saya tidak fikir begitu". Sebagai contoh, katanya di Oxford City, England peniaga menjalankan perniagaan di kaki lima jalan raya dan kenderaan dibenar melalui kawasan disitu.

Sebuah akhbar bahasa Cina pada Isnin memetik Idris sebagai berkata mesyuarat Exco pada 12 Jun lepas, memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat. ~bernama

Artikel Berkaitan..
BODOHNYA ALASAN KETUA MENTERI MELAKA UNTUK TUTUP PASAR JONKER WALK NI..
Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron memberitahunya bahawa penutupan pasar Jonker Walk dibuat susulan aduan orang ramai yang merungut mengenai kesesakan lalut lintas.

"Jadi (Idris) kata, akan cuba untuk tutup selama empat minggu dan kemudian kita akan tengok keputusannya sama ada penutupan itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Oleh itu ianya tiada kaitan dengan dakwaan yang menyifatkannya sebagai hukuman kepada pengundi Cina di negeri itu.
Tetapi sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata “kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira.”

Samada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dah kena tipu oleh Ketua Menteri Melaka yang baru dalam hal ini atau Nazri cuba menyelamatkan Ketua Menteri Melaka itu entahlah..

Jonker Walk diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia pada 7 Julai 2008 dan kini menjadi sebahagian dari mercu tanda Melaka..

Apa yang jelas dalam hal ini, kebodohan Ketua Menteri Melaka yang baru itu terserlah disini bila beliau menggunakan alasan kesesakan lalu lintas sebagai sebab untuk menutup pasar malam itu.

Jika alasan bodohnya itu boleh diterima pakai.. untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Putrajaya, Kerajaan boleh menutup semua pejabat-pejabat kerajaan yang beroperasi disitu.

Semua pusat-pusat perniagaan di tengah-tengah Kuala Lumpur juga perlu ditutup kerana ianya menjadi tarikan ramai hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Perkara yang sebaik-baiknya dilakukan ialah mencari alternatif untuk mengurangkan kesesakan tersebut bukannya menutup Jonker Street itu.

Bukannya menyediakan alasan bodoh untuk menutup politik balas dendam UMNO itu..

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi.

Demikian ulas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua yang menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan.

“Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu.

“Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang,”katanya dalam satu siaran media.
Sambil melahirkan rasa kecewa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu.

“Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” ulas Pua.

Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN ini adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan “1Malaysia” seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Tetapi kita telah diperlihatkan wajah 1UMNO yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja,” ujar beliau.

Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata “kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira.”

Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana “mengikut kehendak orang ramai.”

“Persoalannya kini, adakah pasar di Petaling Street juga akan menjadi mangsa politik jahiliah UMNO akibat kecewa dalam PRU13 yang lalu?” Soal Pua.

“Dalam pada kerajaaan PR membantu dan berkhimat kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahu pun fahaman politik, kita telah menyaksikan kegelojohan BN memangsakan hidup dan periuk nasi rakyatnya.

“UMNO telah tunjukkan taring perkaumannya dan kita seluruh rakyat perlu menghentikan penularan wabak ini,” kata Pua.

Sehingga kini, Perdana Menteri , Najib Razak masih belum memberikan komen beliau berhubung penutupan pasar malam Jonker Street.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa janjinya untuk berpegang pada prinsip 1Malaysia adalah sia-sia dan palsu belaka. – Roketkini.com

Nak masuk ke Pulau Pinang ni pun hari-hari sesak dekat Tol tu.. apa kata buat percubaan hentikan kutipan tol itu atau tutup semua pondok tol tu tiga atau empat minggu dan kita lihat sesak atau tidak..

Nasib baik Ketua Menteri Pulau Pinang tak sebodoh Ketua Menteri Melaka tu...ASD

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular