MP Segambut Lim Lip Eng berkata Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah hari ini menolak soalan yang ingin dikemukakannya berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Bercakap dalam sidang media di luar Dewan Rakyat, Lim setiausaha Parlimen itu menolak soalan tersebut yang didakwa bersifat "andaian".
Lim berkata, beliau ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan akan mengambil sebarang tindakan terhadap Abdul Taib yang dilapor "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM.
Penjelasan tersebut adalah berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarga Taib yang didedahkan oleh NGO Global Witness.
Ketua menteri Sarawak itu juga dilapor berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”. Mk
Tak ada sebab Speaker tolak soalan tentang Taib Mahmud – Lim Lip Eng
27 June 2013
KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng hari ini menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Paduka Pandikar Amin yang menolak pertanyaan lisannya dalam sidang Parlimen.
Menurut beliau, Pandikar Amin mengemukakan jawapan yang sama sekali tidak masuk akal bagi menghalang beliau dari membuat pertanyaan.
Lip Eng memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan tindakan lanjutan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap ‘nakal dan tidak jujur’ dan ‘menjadikannya mangsa’.
Taib Mahmud juga menegaskan tidak mahu memberi kerjasama pada SPRM dalam kes rasuahnya seperti yang didedahkan oleh Global Witness.
“Mengapa saya mengajukan soalan ini, kerana kita mahu kerajaan mengambil tindakan sebetulnya kepada beliau. Mengapa tidak ada apa-apa dilakukan terhadap Taib?
“Tapi bila kita mahu bertanya, Speaker pula menolaknya dengan alasan pertanyaan saya itu dikeluarkan dengan tujuan hendak ‘mendapat buah fikiran’ atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara yang belum menjadi masalah.
“Ini merupakan jawapan yang amat tidak wajar dan tidak masuk akal sama sekali,” tegasnya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Turut Hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.
Terdahulu, Lip Eng menerima surat penolakan pertanyaan soal jawab lisan bertarikh 21 Jun 2013 dari Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah mewakili Pandikar Amin.
Kandungan surat itu mengemukakan sebab penolakkan soalan Lip Eng kepada Najib mengenai serangan Taib Mahmud terhadap SPRM yang jelas bertentangan dengan undang-undang negara. – Roketkini.com
Berita Berkaitan :
Taib enggan beri kerjasama pada SPRM
Kow Gah Chie & Zulaikha Zulkifli
2:46PM Apr 4 2013
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.
SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.
Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu.
"Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur.
"Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.
Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.
Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12.
"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.
Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil.
"(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi.
SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu.
Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.
Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu. Mk
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment