Perdamaian Nasional :
"Jika pelan ini hanya mahu dijadikan ruang untuk membenarkan penyelewengan, membenarkan salah laku dan melindungi menipulasi apa yang berlaku (proses pilihan raya), kita tetap menolak,"
Beliau tetap menegaskan beliau tidak menolak keputusan pilihan raya tetapi menentang penyalahgunaan, salah laku dan penyelewenagn Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perdamaian nasional sekadar kaburi mata rakyat?
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan menolak perdamaian nasional sekiranya ia sekadar menjadi alat untuk mengaburi mata rakyat secara umum.
"Jika pelan ini hanya mahu dijadikan ruang untuk membenarkan penyelewengan, membenarkan salah laku dan melindungi menipulasi apa yang berlaku (proses pilihan raya), kita tetap menolak," kata Ahli Parlimen Temerloh itu dalam sidang media lewat petang tadi.
Namun beliau berharap kerajaan mengemukakan terlebih dahulu bagaimana bentuk dan mekanisma pelan perdamaian nasional yang dicadangkan itu.
Cadangan menubuhkan konsulasi itu, bagi Nasrudin satu cadangan yang positif tetapi mesti ikhlas untuk memberi kesan yang baik kepada rakyat.
"Kalau komiten untuk rakyat kita bersedia untuk memberi pandangan dan input demi kebaikan rakyat," katanya.
Beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama tidak kira dalam bentuk apa sekalipun yang penting ianya untuk memajukan dan mematangkan demokrasi negara.
Justeru beliau tetap menegaskan beliau tidak menolak keputusan pilihan raya tetapi menentang penyalahgunaan, salah laku dan penyelewenagn Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bagi mencari penyelesaian berkaitan isu polarisasi kaum dan agama terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Mengulas lanjut Najib bagaimanapun berkata, langkah utama dalam membentuk perdamaian nasional di kalangan rakyat ialah dengan menerima keputusan PRU-13 berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Harakah
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment