Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan beliau tidak menandatangani perjanjian pendamaian dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dibroker oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, mengatakan beliau perlu mendapatkan persetujuan pemimpin Umno lain dan ianya mengambil masa panjang.
Dalam wawancara bersama majalah Tempo dari Indonesia, beliau mengatakan, walaupun tiada perjanjian diantaranya untuk PR dan Barisan Nasional (BN) menerima keputusan pilihan raya 5 Mei dan memastikan peralihan kuasa secara aman jika pembangkang menang, beliau komited kepadanya.
Najib mengatakan pendamaian masih boleh dilakukan tetapi hanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menerima keputusan pilihan raya. Berita mengenai perjanjian itu menjadi pengetahuan umum apabila ianya dibocorkan kepada akhbar antarabangsa beberapa hari selepas pilihan raya sengit menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti lebih kecil tanpa undi popular.
Anwar dan PR berada dalam keadaan tertekan berikutan daripada pendedahan perjanjian untuk menerima keputusan pilihan raya itu.
Akan tetapi ketua pembangkang itu mengatakan perjanjian itu tidak sah kerana terdapat penipuan besar-besaran dalam pilihan raya dan Najib tidak menandatanganinya.
Tempo mengatakan idea untuk perjanjian pendamaian itu berlaku sekitar akhir April, sebelum Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke 13. Anwar melawat Kalla di rumahnya di Jakarta dan membangkitkan kemungkinan untuk mengakhiri ketegangan selepas pilihan raya di Malaysia. Anwar meminta Kalla untuk menjadi pengantara dengan Najib. Tempo mengatakan Kalla dan Najib rapat kerana latarbelakang Bugis mereka.
Pada ketika itu, Anwar yakin PR akan menang pilihan raya itu. Tempo mengatakan isu pendamaian timbul kembali dua minggu lalu selepas pertemuan Anwar dan Najib dengan Kalla.
DI bawah adalah petikan temuramah Najib dengan Tempo semasa lawatan peribadinya di Jakarta.
Apakah iklim politik Malaysia terlalu panas sehingga anda perlu bermain golf di Jakarta?
Saya masih belum berehat selepas pilihan raya. Secara kebetulan, isteri saya mempunyai acara untuk dihadirinya, jadi saya dapat datang bersama dan bermain golf, bertemu rakan-rakan lama dan memerhatikan bagaimana pembangunan telah berlaku. Hubungan dengan Indonesia penting dan banyak isu boleh diselesaikan secara tidak formal.
Apakah itu sebabnya anda bertemu Jusuf Kalla? Dilaporkan anda berdua main golf di Halim.
Semasa saya memegang jawatan timbalan perdana menteri, Jusuf Kalla adalah naib presiden. Kami rakan sejawatan dan mempunyai latarbelakang sama. Dia Bugis dan saya Bugis. Isteri kami kedua-dua Minang (berasal dari Sumatera Barat). Sepanjang banyak lawatan, kebanyakannya secara tidak rasmi, kami berkomunikasi. Kali ini kami main golf bersama.
Bukankah Jusuf Kalla cuba menjadi pengantara diantara anda dan Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim yang meminta Kalla menjadi pengantara.
Apakah syarat kepada perjanjian ini?
Pertama, keputusan pilihan raya mesti diterima. Anwar Ibrahim sudah menandatangani surat komitmen di hadapan Kalla. Tetapi setakat ini, Anwar masih belum menerima keputusan pilihan raya secara rasmi.
Kami dengar anda enggan menandatangani surat itu.
Sebagai presiden parti (Umno), saya perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin parti sebelum saya menandatanganinya. Prosesnya panjang, tetapi saya kekal komited [kepada perjanjian]. Pada ketika itu Pak Jusuf Kalla kata, sebagai seorang Bugis, kita harus mempunyai integriti. Kata-kata kita adalah janji. Itu adalah prinsip orang Bugis.
Apakah ini bermaksud anda masih mahukan pendamaian?
Mereka mesti terlebih dahulu menerima keputusan pilihan raya. Itu adalah keutamaan perjanjian dan Anwar sendiri telah tandatangan. Kita terus memerhatikan perkembangannya. – 26 Jun, 2013. TMI
Terima dulu keputusan PRU13, kata Najib
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan "pendamaian nasional" hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.
Tambah beliau, segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU, 5 Mei lalu perlu dihentikan.
"Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan "pendamaian nasional" perlu terima keputusan PRU13 dahulu.
"Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional," katanya pada sidang Dewan Rakyat sesi pertama bagi penggal 2013-2018, di sini, hari ini.
Najib berkata demikian ketika menjawab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mengutarakan soalan kepadanya mengenai usaha, kejayaan dan halangan terhadap "pendamaian nasional" sejak PRU13, awal bulan lalu.
Sebelum ini, Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan "pendamaian nasional".
Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui "pendamaian nasional" semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.
"Pokonya perlu terima keputusan PRU13.
"Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik," tambahnya. - SH
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment