Joke of the day!
Question pose to SPR.
Who is the supplier of the indelible ink?
SPR: This is secret.
Why is the indelible ink delible?
SPR:Its not delible,Its edible
Wehhhhhhhhhh.. - Muhd Jack
SPR dan Menteri buat lawak wehh.. memang kelakar nak mampos. Berdekah2 aku gelak weh. Siyes.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Menurut Menteri Di JPM iaitu DS Shahidan Kassim ;
Kalau setakat bahan pewarna makanan baik ko pergi guna sirap je. Sapa pernah terpegang sirap? Sapa meniaga time bulan ramadhan atau pernah jual air kat pasar2 malam? AKu dulu pernah meniaga time bazaar ramadhan. Jual air. Bila kita nak merahkan air tembikai tue kan kita letak ah pewarna sirap tue nak bagi nampak merah kan.
Biasalah kalau dah terpegang2 tue mestila terkena kat jari serba sedikit kan. Kalau dah kena jari mao 2 hari gak untuk betul2 hilang bersih. Wehh sapa kata aku tak guna sabun time cuci2? Memang la tong2 air tue tak guna sabun time aku cuci sebab dia bersih letak air jek, tapi bila makan time buka puasa nak cuci pinggan guna sabun oke. Tak hilang pun pewarna merah tue.
Sebab tue aku cadangkan. Untuk PRU ke 14 nanti, SPR meh deal dengan aku. Aku akan jual pewarna sirap kat ko. Yang neh confirm kekal. Tak berapa pekat kat kuku tapi akan kekal di kulit jari. Don't worry. Aku nak gak peluang buat duit neh. Semudah ABC jek SPR kena kencing dengan syarikat luar negara. Dekat RM5juta ke apa beli benda alah bodoh tue? Membazir. Baik bagi aku duit tue lagi bagus.
KAH KAH KAH
Apa pun jawapan menteri membuktikan yang SPR memang kaki pembohong. Dah la takde bahan kimia tapi beria2 canang ada bahan kimia. Ahmad Maslan siap cakap boleh menyebabkan penyakit kanser dan apa bagai lagi konon nya.
KAH KAH KAH
Guna bahan pewarna makanan ko kata guna silver nitrat. Benda kecik macam neh pun nak bohong. Apa tah lagi benda besar. Kalau dah dasar pembohong.. pembohong la juga.
KAH KAH KAH
Memang KELAKAR NAK MAMPOS la dorang neh.
Kos keseluruhan untuk urusan dakwat kekal dari A sampai Z ialah 7.1juta. Inila nilai sebenar harga pewarna makanan.
Sah2 kita kena main depan2 beb. Bengong nya SPR. : amenoworld
Jawapan 'Bercanggah' Shahidan Dan Tan Sri Aziz, Najib Patut Hukum Shahidan Kassim..
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti kecewa dengan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilihat gagal membawa kebaikan kepada transformasi kepada kerajaannya. Ini berikutan kenyataan bertulis Shahidan tentang dakwat kekal kini seolah-olah telah memerangkan Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Satu persatu "tembelang" dilihat mula pecah, tatkala Shahidan mendakwa dakwat kekal selamat kerana ia tidak mengandungi bahan kimia sebaliknya hanya bahan pewarna makanan semata-mata. Malah, kos perbelanjaan dakwat kekal juga mencecah hingga RM7.1 juta, jauh lebih tinggi daripada apa yang pernah diucapkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Yusoff sebelum ini. Kini, rakyat tertanya-tanya. Siapa yang tipu siapa sekarang ini?.
Jika itu keadaannya, maka ia memberi gambaran jelas sememangnya isu dakwat kekal penuh dengan penipuan dan penyelewengan seperti yang diperkatakan oleh pembangkang selama ini. Kini, Najib sudah tentu marah dengan kenyataan bertulis Shahidan yang boleh menjatuhkan imej SPR dan beliau sendiri sebenarnya. Soalnya, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap bekas Menteri Besar Perlis itu agaknya?. Apakah beliau boleh digantung, sama seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadapnya?.
Jika dilihat kepada penjelasan Shahidan dengan Tan Sri Abdul Aziz (SPR) ternyata nampak benar rakyat ditipu pada pilihanraya umum lalu. "bahan pewarna makanan" dengan "bahan silver nitrate" terlalu jauh bezanya. Malah, Menteri Kesihatan sendiri pernah menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mendengar bahan yang diperkatakan oleh Pengerusi SPR itu sebelum ini. Maknanya, rakyat telah dipermainkan ketika proses pilihanraya umum pada tanggal 5 Mei 2013 lalu.
Maka, adakah wajar rakyat menerima penipuan yang berlaku ini atau mereka wajar bangkit untuk memperbetulkan keadaan?. Inilah yang menjadi masalahnya sekarang. Apapun, diharap kerajaan tidak mengeluarkan lagi kenyataan yang bercanggah seperti ini pada masa akan datang. Ia hanya akan hilangkan kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya yang dikatakan bebas dan adil itu. - Pahangdaily
Pengerusi SPR Kantoi lagi!!
Dalam isu penggunaan dakwat kekal yang tak kekal semasa PRU13 yang lalu, hari ini Pengerusi SPR telah disahkan menipu sambil cuba memperbodohkan rakyat mengenai kandungan kimia dalam dakwat berkenaan.
Kononnya menurut beliau syarat dikenakan Jabatan Kesihatan dakwat kekal itu hendaklah mengandungi tidak lebih satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.
"Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk menentukan ketahanan dakwat kekal itu.
"Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.
Tengok nih..
Kenyataan beliau itu turut disokong oleh Ahmad Maslan..
"Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi." dipetik dari SINI
Pembohongan mengenai kandungan dakwat itu telah didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Shahidan Kassim dalam masa yang sama ianya juga menyerlahkan kebodohan Ahmad Maslan..
Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.
Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.
Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".
Tulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."
Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.
Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.
"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.
"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya ~ Malaysiakini
Letak jawatan sajalah.. buat malu anak cucu saja.. ASD
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment