Ketua Penerangan PAS Kelantan kata UMNO dalang penangkapan Husam?
Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14).
Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan. “Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan.
Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.
Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma’rif, Pasir Tumboh malam tadi.
Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran Mohamed Zaki Ibrahim, Adun Tawang yang juga Pemangku Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mahmood, Adun Gual Periuk Mohamad Awang.
Ketua Lajnah Guaman PAS Kelantan Hisyam Fauzi, mantan Setiausaha Politik MB Kelantan Annual Bakri Haron dan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazeri Deraman turut hadir.
Husam yang ditahan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak 23 Jun dan dibebaskan kira-kira 5.00 petang 24 Jun semalam dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta jaminan polis, dalam tempoh sebulan.
“Sekarang ini setiap pergerakan yang dibuat (badan-badan kerajaan), mesti ada perancangan Umno-BN, tambahan pula dia (Umno-BN) sedar bahawa (prestasinya) pada PRU-14 nanti dia amat teruk.
"Jadi mereka akan buat perancangan daripada awal lagi supaya tidak berlaku sebagaimana pilihan raya baru-baru ini, dia rasa nak mati sangat-sangat. Jadi ini adalah perancangan dia, ini baru permulaan.
“Jadi ini sangat-sangat merisaukan kita," kata Fadhli. ~ Harakahdaily
Husam Musa - Kenapa saya ditangkap...
Rakaman sidang media oleh YB Dato' Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS merangkap ADUN Salor setelah dibebaskan dari tahanan di IPD Kota Bharu,Pengkalan Chepa.
Husam ditahan reman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas ditangkap di Kampung Pandan Ampang .-f/bk
No comments:
Post a Comment