Tuesday, June 25, 2013

Negara Di Timpa Bala, Pemimpin Sibuk Pasal Duit..

Sepatutnya pemimpin ajak rakyat untuk melakukan doa,solat istiqa dan solat hajat banyak - banyak. Bukannya bercerita pasal pelancongan ketika ini. Jangan kita lihat lahiriah sahaja tetapi ini adalah bala dari Allah SWT kerana kealpaan pada perintahNya. Inilah akibatnya apabila memilih pemimpin yang tiada roh Islam..

Melaka Bimbang Industri Pelancongan Terjejas
BANDARAYA MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bimbang sekiranya keadaan jerebu berpanjangan akan menjejaskan industri pelancongan di sini.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau, Datuk Ghazale Mohamad berkata, meskipun perkara itu tidak berlaku namun, gambarannya seakan-akan mula kelihatan.“Secara gambaran kasar, kalau berpanjangan ia boleh menjejaskan kehadiran pelancong dan akan mengurangkan aktiviti berkaitan seperti industri perhotelan, makanan serta pengangkutan.

“Jerebu yang berlaku dilihat mempunyai kelainan sedikit daripada biasa kerana ia mengandungi habuk-habuk atau debu yang berbahaya serta akan memberi kesan terhadap kesihatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun jelasnya, setakat ini kesan terhadap sektor berkenaan belum begitu ketara cuma dalam tempoh tiga atau empat hari kebelakangan ini terpaksa membatalkan beberapa acara.“Sejak negeri Melaka mengadakan pesta sungai, banyak acara-acara terpaksa kita tangguhkan seperti Larian Sungai Melaka yang dijadualkan kelmarin.

“Pertandingan memancing di Pantai Puteri semalam pun kita jangkakan boleh capai 1,500 peserta seperti tahun lalu agak merosot apabila cuma 1,200 peserta sahaja yang mengambil bahagian.

Mereka terpaksa membatalkannya kerana suasana yang tidak mengizinkan,” katanya.Ghazale berkata, meskipun begitu, kehadiran pengunjung ke Pesta Sungai Melaka masing memberangsangkan apabila pada 21 Jun lalu mencatatkan jumlah kehadiran 500,000 pengunjung.

"Cuma yang terjejaskan dalam masa tiga empat hari kebelakangan ini dan kalau jerebu tidak berlaku pasti ramai lagi akan datang.“Kebanyakan pelancongan yang datang ke Melaka kini sudah membeli pakej awal,” katanya. ~sinar harian

addin77

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular