SHAH ALAM – Kandungan udara dalam jerebu merbahaya kepada kanak-kanak, orang tua serta pesakit asma, radang paru-paru dan jantung.
Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marzuki Ismail berkata, jerebu ialah fenomena yang disebabkan kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dan terapung-apung di udara.
Katanya, partikel ini hadir secara semula jadi atau akibat kesan sampingan aktiviti manusia seperti kebakaran hutan.
Beliau berkata, kebakaran akan mewujudkan beberapa jenis gas iaitu karbon dioksida, monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
"Antara kesan yang dialami pesakit ialah gatal-gatal di kerongkong, batuk, sukar bernafas, mata pedih serta berair, kerap bersin, kulit badan gatal-gatal dan terasa sakit di dada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Oleh yang demikian katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas akibat jerebu. - SH
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment