Jika anda mengenali Dayang Nurfaizah secara dekat, pasti anda tahu penyanyi ini bukan seorang yang aktif dalam laman-laman sosial. Malah, suatu ketika dahulu Dayang pernah tidak menggunakan telefon bimbit sehingga sukar untuk dihubungi oleh pihak media.
Terbaru, penyanyi ini mendedahkan dia tidak punya akaun Facebook. Agak-agaknya, apa lagi perkara menarik atau pelik tentang Dayang ya? Jom semak senarai di bawah.
1) Tidak gemar menjamah makananan sejuk. Jika berada di rumah, dia sanggup mematikan kipas siling untuk memastikan juadah yang ingin dimakan masih hangat, biarpun ketika itu cuaca panas.
2) Punya cara tersendiri untuk menikmati minuman Milo. Dayang akan pastikan serbuk Milo turun ke dasar gelas, barulah dia akan minum.
3) Tidak suka mengemas rumah. Tetapi suka memasak.
4) Boleh hidup tanpa telefon bimbit. Jika hendak ke mana-mana Dayang tidak kisah jika tidak membawa i-Phonenya bersama.
5) Tidak pernah terfikir untuk membuat akaun Facebook untuk diri sendiri. Tetapi ada fanpage untuk peminat.
6) Sudah lama tidak menonton wayang kerana sudah tidak ada geng memandangkan adiknya telah pulang ke Sarawak. Filem Melayu terakhir yang ditontonnya ialah ‘Bunohan’.
7) Di rumahnnya terdapat sebuah bilik yang menghimpunkan semua pakaian yang dimilikinya semenjak bergelar artis. Dayang punya tabiat, susah membuang pakaian-pakaian lama.
8) Tidak begitu menggemari beg tangan berjenama. Asalkan berkenan di mata, Dayang akan membeli dan memakainya sehingga rosak.
9) Tidak ada pengalaman terjatuh ketika menaiki ataupun menuruni pentas pertunjukan. Tetapi pernah tergelincir.
10) Mula berangan menjadi penyanyi ketika berumur 12 tahun. Kali pertama menyertai pertandingan nyanyian, Dayang mendapat hadiah saguhati. Ketika itu dia menyanyikan lagu ‘Bahtera Merdeka’.
11) Dayang tidak pernah bersendirian di Kuala Lumpur. Dia sentiasa ditemani oleh ahli keluarga. Kali pertama menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, Dayang ditemani oleh ayahnya yang mengambil cuti selama dua minggu. Selepas itu, emaknya pula mengambil giliran. Kini, kedua ibu dan bapanya tinggal bersama-sama Dayang.
12) Dayang tidak pernah menggunakan lagunya sendiri sebagai nada dering telefon bimbit. Bagaimanapun, emak dan ayahnya menggunakan lagu ‘Sayang’ sebagai nada dering telefon masing-masing. -Gua
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment