“Mungkin kerana pertukaran Kabinet, ia agak kelam kabut. Rakyat perlu faham, menteri masih baru, yang diberi mandat sekitar bulan lalu"
Lewat agihan punca harga ayam melambung
SHAH ALAM – Pakar ekonomi berpendapat harga ayam akan kembali stabil menjelang perayaan Aidilfitri ini.
Pensyarah dari Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menangani sebaik mungkin isu tersebut dengan pelbagai mekanisme termasuk pada peringkat logistik.
Menurutnya, jika masalah di peringkat logistik dapat diatasi, pengagihan ayam ke semua kawasan akan mengurangkan isu ayam tidak mencukupi.
“Saya dapati, kekurangan ayam tidak berlaku di semua kawasan. Bekalan ayam import juga tidak menjadi masalah, kerana ia dilakukan dengan baik dan mengikut perancangan. Apa yang berlaku adalah masalah di peringkat logistik iaitu pengagihan bekalan ayam yang tidak dihantar mengikut jadual.
“Apabila lewat, akan ada caj tambahan. Kerana itu, harga ayam di pasaran akan naik mendadak. Jika agihan dilakukan mengikut perancangan, sudah pasti, tiada lagi rungutan daripada pengguna,” katanya.
Katanya, perkara itu dipercayai berlaku akibat pertukaran menteri baru-baru ini dan yakin isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Mungkin kerana pertukaran Kabinet, ia agak kelam kabut. Rakyat perlu faham, menteri masih baru, yang diberi mandat sekitar bulan lalu dan usaha beliau harus dipuji untuk menyelesaikan kemelut ini,” katanya.
Dr Amir Hussin berkata, kerajaan perlu ada mekanisme tertentu supaya ia tidak akan berulang pada masa akan datang.
“Salah satunya adalah dengan galakan penternakan ayam kampung yang perlu diperluas sebagai bantuan pada masa akan datang. Isu ternak ini bukan baru. Permintaan lebih tinggi pada Ramadan berbanding Aidilfitri.
“Ia juga boleh menjana pendapatan. Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi apabila di implementasikan, sudah pasti, tiada lagi isu kekurangan ayam selain dapat membantu mengurangkan kemelut harga ayam ini," katanya.
Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bekalan ayam di pasaran mencukupi tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit dan menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang.
Harga siling ayam di pasaran telah ditetapkan masih pada kadar RM7.80 untuk satu kilogram. SH
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment