PRK: SPR buat persiapan simulasi celup jari
KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.
Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
SPR menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh pengundian awal PRK Kuala Besut manakala pengundian biasa ditetapkan pada 24 Julai ini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata simulasi itu akan disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan seperti RTM bagi membolehkan pengundi dan parti-parti politik mengetahui tentang kaedah sebenar.
"Ia (simulasi) tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan panggil stesen televisyen untuk menyiarkan beberapa kali sebelum hari mengundi.
"Selain itu kita (SPR) juga akan letak gambar atau poster kaedah mencelup jari di bilik-bilik mengundi supaya pengundi boleh tengok dan tahu macam mana nak celup," katanya.
Wan Ahmad berkata SPR perlu memberi gambaran jelas mengenai kaedah mencelup jari sebelum hari pengundian awal kerana jika tidak ia mungkin dijadikan isu oleh pihak yang sentiasa cuba mencari kesalahan suruhanjaya tersebut.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon Pas, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan. - Bernama
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment