Sunday, July 14, 2013

PRK K. Besut : Kemiskinan aset BN ‘ikat’ pengundi Kuala Besut

BESUT: PAS mendakwa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan kemiskinan rakyat sebagai aset penting kepada parti itu untuk mengikat pengundi setia bersama BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Umno menjadikan kemiskinan rakyat itu sebagai aset penting kepada parti agar masyarakat dan pengundinya ‘terlekat’ kepada BN.


“Kemiskinan itu seolah-olah menjadi aset kepada BN, menggunakan itu supaya rakyat dan pengundi ‘terlekat’ kepada BN.

“Ini bukan suatu cara yang baik untuk membangunkan masyarakat, hendak membina masyarakat dan hendak membawa kemajuan kepada masyarakat. Bukan caranya meletakkan kebergantungan terus-menerus kepada BN sejak berpuluh tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Markaz Besar Pilihan Raya N1 Dun Kuala Besut, di Kampung Baru, Kuala Besut dekat sini, semalam. Turut serta ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebab itu, katanya keadaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut sebenarnya tidak banyak berbeza dengan perkembangan 20 tahun lalu.

Menurutnya, Dun Kuala Besut sebelum ini pernah terlibat dengan pilihan raya kecil (PRK) tetapi tidak banyak bezanya dari segi kemajuan dan perkembangan ekonomi penduduk.

“Tahun 1979 dulu telah ada satu pilihan raya kecil dan saya jadi pengarahnya ketika itu. Ini sudah lebih 30 tahun tetapi jika hendak bandingkan dahulu (1979) dengan sekarang ini tidak banyak beza dan perubahan yang berlaku dalam pembangunannya,” katanya.

Menurutnya, kadar pengangguran bertambah dan kemiskinan masyarakat masih tinggi sebab itulah kebergantungan rakyat kepada bantuan kerajaan juga tinggi.

Justeru, beliau mengingatkan kepada para pengundi di Dun Kuala Besut agar mengambil peluang dari PRK ini bagi mengubah keadaan tersebut.

Katanya, kesan cukup besar kepada rakyat jika PAS berjaya memenangi pilihan raya kali ini dengan menjadikan keputusan 16:16 antara Pakatan Rakyat dengan BN.

“Jadi pentingnya peluang PRK di Kuala Besut ini kepada rakyat jika ditakdirkan oleh Allah SWT, insya Allah, kemenangan memihak kepada PAS dan akan jadilah keputusannya 16:16 dan ini akan memberi kesan yang banyak kerajaan (negeri),” ujarnya.

Tambah beliau, jika signifikalnya memihak kepada PAS ianya akan memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan masyarakat di Dun Kuala Besut. - harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular