Konon hendak buat siaran langsung proses pengiraan undi pilihanraya kecil DUN Kuala Besut kerana rakyat perlu diberikan kesempatan untuk memahami proses (pengiraan) undi kerana masih ramai yang tidak faham. Taik!
Kerjanya nak memperbodohkan rakyat sahaja!
Menuduh rakyat tidak faham proses pengiraan undi yang berlaku dalam pilihanraya adalah kerja yang cuba memperbodohkan pemikiran rakyat bagi mengalih daripada isu pilihanraya yang sebenar.
Buatlah beribu kali siaran langsung seumpama itu pun, kalau isu-isu pokok tuntutan BERSIH (rakyat) tidak dilayan, keadilan pilihanraya hanya menjadi hampas dalam setiap pilihanraya di Malaysia. Siaran langsung seumpama yang menteri mengada-ngada itu cadangkan, tidak mampu memberi apa-apa natijah yang baik untuk keadilan, melainkan terus menjadi perkakas kempen UMNO/Bn yang rakyat semua dah tahu belangnya.
Kalau gatal sangat hendak tunjuk telus, buat sahaja siaran langsung proses kempen atau ucapan kempen kepada calon-calon parti-parti yang bertanding selama 30 minit setiap parti. Jika ini dilakukan, ianya lebih baik daripada melontarkan cadangan hampas lagi mengada-ngada dan barulah boleh bercakap soal siaran langsung di RTM, kalau tidak, tak payah nak membazirkan air liur anda!
Buatlah siaran langsung kempen yang adil! Tapi menteri kerajaan Umno/Bn mana yang tahu makna telus dan integriti, jika bukan untuk kepentingan Umno/Bn sendiri? Untuk calon Umno/Bn bila-bila pun ok. Untuk calon lawan kepada Umno/Bn mesti ada nilai berita, jika tidak sori, kita profesional! Taik! Ini semuanya hipokrit sebagaimana hipokritnya pengurusan tertinggi SPR Malaysia yang susah benar nak kenal dan uruskan apa yang dipanggil dakwat kekal di negara 1Malaysia ini! - garamlada
Sumber berita dari Malaysiakini:
Shabery kecewa SPR tak benar siaran langsung
Abdul Rahim Sabri
14 Julai 2013.
Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau "sedih tapi menghormati" keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang berpendapat pengiraan undi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut tidak perlu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bagaimanapun, katanya, RTM akan tetap melaporkan keputusan terkini di pusat pengundian untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat terkini dan sah, katanya.
"Saya sudah berbincang, saya sudah menyatakan pendirian saya. Rakyat perlu diberikan kesempatan untuk proses (pengiraan) undi dibuat secara langsung kerana masih ramai yang tidak faham.
"Tetapi SPR mempunyai pertimbangannya yang tersendiri. Oleh kerana mereka badan bebas, saya tidak boleh mengarahkan. SPR ada pertimbangan sendiri yang perlu saya hormati," katanya kepada pemberita hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 5 Julai lalu berkata keputusan itu dibuat kerana ejen pilihan raya daripada parti bertanding akan berada di dalam ruang pengiraan undi semasa proses penjumlahan tersebut.
SPR juga kali ini dilaporkan akan merakam pengurusan perjalanan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut untuk dijadikan model rujukan pada masa depan, bermula dari proses penamaan calon sehinggalah ke tempoh berkempen, penjumlahan undi dan pengisytiharaan keputusan.
Sementara itu, mengulas permintaan Husam yang menuntut supaya calon PAS diberi liputan oleh stesen RTM, Ahmad Shabery berkata beliau tidak ada masalah dengan tuntutan itu, tetapi menyerahkan kepada RTM untuk membuat pertimbangan.
"Pertimbangan itu adalah pertimbangan profesional bukan pertimbangan menteri. Pertimbangan profesional berdasarkan kepada nilai berita.
"RTM pun telah menyiarkan perbahasan di parlimen secara langsung. Pada kita, kalau ada nilai berita, ia perlu ditunjukkan... siarkan tidak ada masalah,' katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/235617
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment