Sunday, July 14, 2013

Lain la kalau Che Long dipecat dari Umno pasai rasuah.

Yang sebenarnya Idris Natang takmau pun panjangkan isu calon PAS bekas ahli Umno ni pasai dia pun yakin isu ni langsung tak menguntungkan Umno dalam bentuk undi.

TheMalaysianInsider melaporkan: 
Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. - TMI.     
Rupa-rupanya dipecat pasai "menunjukkan kecenderungan kepada PAS" ingatkan pasai ada kes rasuah atau politik wang, kalau sebab sokong PAS kena pecat kira hebat la. Maknanya bukan la lepas kena pecat baru Che Long aktif dengan PAS pulak.

Cuma yang aku mushkilnya pasai apa pulak TMI juga melaporkan:
Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menghormati calon berkenaan dan juga bulan Ramadan. - Ibid.
Tak dak sangkut paut kut dia tak mau ulas tu dengan kemuliaan bula ramadhan kecuali la kalau Idris Natang nulanya bercadang nak fitnah Che Long pasai 'pemecatannya' tu. Kalau takat sabotaj dalam Umno perkara biasa kut, tambah-tambah bagi ahli Umnpo yang dah meluat dengan Umno.

Yang sebenarnya Idris Natang takmau pun panjangkan isu calon PAS bekas ahli Umno ni pasai dia pun yakin isu ni langsung tak menguntungkan Umno dalam bentuk undi.

Malaysiakini pula melaporkan ulasan Che Long:
Calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Azlan Yusof hari ini mengakui pernah bergiat sebagai ketua pemuda Umno cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik"

"Zaman dulu orang kampung saya, orang PAS ada lapan orang sahaja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh pemberita dalam sidang media selepas penamaan calon hari ini.

Diasak oleh wartawan supaya beliau mengakuinya, Azlan (kanan) berkata:

"Betullah... Tapi sekarang ini orang muda kampung saya boleh dikatakan semua bersama saya. Malam tadi hampir semua orang kampung keluar pasang bendera.

"(Masuk Umno) dulu masa tak cerdik, tapi dah baligh dah. Tapi sekarang dah cerdik dah," katanya sambil diiringi ketawa kecil. - Mkini.
Takdak isu kut bekas Ketua Pemuda Umno boleh jadi calon PAS. Tambah-tambah pulak dengan keperibadian yang Che Long tampilkan sejak bersama dengan PAS, dah takdak kut ciri-ciri Ketua Pemuda Umno kat dia.

Isu yang besar bagi aku adalah isu pendidikan, pada aku sepatutnya dalam zaman yang cukup ramai orang yang berpendidikan tinggi patutnya PAS pilih calon yang ada latar belakang pendidikan yang baik. Pasainya taraf pendidikan melambangkan kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan lebih terbuka dan memudahkan lebih ramai orang terima sebagai pemmimpin.

Cumanya tak salah pilih calon yang latar belakang kurang tinggi tapi ada kelebihan lain yang boleh tutup kekurangan latar belakang pendidikan dia yang boleh diterima oleh majoriti pengundi macam yang pernah berlaku dalan PRK Manik Urai dulu.

Walaupun berpendidiikan setakat SPM tapi Fauzi Abdullah, seorang tokey ikan berjaya mengalahkan calon BN bekas Pengurus Pemantauan KESEDAR, tentu Fauzi Abdullah ada x factor yang cukup kuat. Aku harap Che Long pun x factor macam yang ada pada Fauzi Abdullah.

Apa pun, penamaan calon dah pun selesai pagi tadi dan takdak calon bebas yang akan kacau daun maknanya P)RK Kuala Besut ni adalah pertandingan satu lawan satu antara calon PAS dan calon BN.

Berjayakan calon PAS mengalahkan calon BN yang akan mengakibatkan keadaan 16-16, satu keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ni akibat dari kebangangan SPR ujudkan jumlah genap untuk kerusi Dun negeri Terengganu.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/lain-la-kalau-che-long-dipecat-dari.html#ixzz2YyPUEeMx


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular