Demokrasi terpimpin...
Ingat tuan dan puan ya, jgn la kita undi pakatan sbb hanya BN yg bg rezeki.. ni dah kena hukum sbb ambik gmbar dgn PR.. kalau ambik gmbar dgn BN x kena hukum taw.. ingat ya rezeki BN yg bg.. lama2 nak jd mcm BASHAR ASSAD ke Malaysia ni???.. ambo dok relo.... demo relo????... - Fan Pakatan Rakyat DiFB
Di manakah demokrasi yang dilaung2kan selama ini?
Ada sebab kenapa admin tutup nama cikgu dan nama sekolah. Risau cikgu tersebut akan dikenakan tindakan yang lebih keras lagi jika identitinya terbongkar.
Malangnya orang dah tahu sapa dia. Marila kita doakan agar dia tak dihukum secara melulu oleh pihak2 tertentu.
BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).
Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.
Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.
“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.
“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya.
Sedangkan kata beliau calon terbabit adalah anggota keluarga guru terbabit.
Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.
Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu. -Harakah Daily 19 Jul 2013
Selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.
“Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi.”
“Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia.”
“Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!”
“Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan.”
“Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. Booo..:P”
Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda tak salah lagi.
Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan semua dengar sini..
Disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka anda harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing. Lain la kalau kita ni negara komunis yg mengamalkan sistem satu parti iaitu parti yg menguasai kerajaan. Eh:p
Parti politik adalah satu badan orang2 yg bersatu@bersama membina kepentingan negara&rakyat melalui prinsip@pegangan@perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yg sama.
Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan. Tetapi harus diingat! tidak ada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau.
So basically menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan n perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat. Contoh: infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain. Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka utk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, toksah dok pelik sangat la sebab tu dah memang kerja depa. kekeke.
And one more benda penting yg anda kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. Anda/bapak anda beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama jugak barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, anda boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang anda.
Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau, tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan “Rakyat berterima kasih kpd BN.” Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional. Tu bukan duit BN ye, itu duit anda cuma modal dia pusing balik je. Sila lah sedar. Lainlah kalau program parti, haa..itu memang perlu guna duit parti tersebut. Takleh guna duit rakyat tau! Heh.
So bagi saya, papan-papan tanda seperti “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan “kerajaan persekutuan” atau “kerajaan negeri” je cukup. Disebabkan slogan2 seperti ini jugalah, buat rakyat makin konpius.
Plus, untuk tentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan dlm mengendalikan wang negara, bukanlah ditentukan daripada jumlah perbelanjaan mereka sahaja, tetapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara& kepentingan rakyat bukan utk diri@kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara. *general statement ye..:P*
And last one, berkaitan pekerja kerajaan ni ye. Yes, mereka mmg perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia. Kita kan 1Malaysia! Eh. Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn ‘bos’. Tapi, wajarkah ‘bos’ mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong? Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN. Anda oii, semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dlm Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan. Eh lagi.
Kalau tak faham lagi, saya bagi contoh paling mudah. Antara PDRM dgn Kerajaan, siapa yg berkuasa? Well..mestilah kerajaan kan. kalau antara PDRM dgn UMNO? siapa pula yg berkuasa…? Eh, jgn terasa ye saya sekadar bertanya. Hihik. Erm..pekerja kerajaan ni sebenarnya perlu patuh dgn arahan kerajaan Malaysia atau arahan parti ye? Gaji pekerja kerajaan tu dibayar menggunakan wang parti itu sendiri ke? Ye, memang parti pemerintah dan kerajaan tu hakikatnya akan berkait. Tapi, still kena reti beza ok. Lagi satu, wajarkah seorang pesara kerajaan yg telah berkhidmat utk negara dilabel sebagai “tidak kenang budi” dan “tidak ada maruah” hanya kerana kemudiannya menyokong pembangkang? Ish ish. Betapa tak matangnya pemikiran tersebut..sukati dia lah.
So, betulkan persepsi songsang anda. Erm, yg pasal kes suruh berambus dari Malaysia tu dah kritikal sangat kot. Banyak kena fahamkan lagi tu, kalau tak mmg seronok je org gelakkan ayat ‘patriotik’ anda tu. Heh. Actually, benda ni anda yg bijak ni pun dah boleh pikir sendiri sebenarnya, kita sendiri nampak bagaimana sesetengah pihak menyalahgunakan kuasa yg ada. Dah macam negara ni mereka yg punya pulak. Eh. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?
Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu…? Hurm.
Akhir kata, kerajaan dan pembangkang sebenarnya harus bertindak sebagai “check and balance”. Mereka bekerja demi kepentingan rakyat. Bila pembangkang mendesak itu dan ini, then kerajaan pun buat kerja sbb ada tekanan, mungkin kita tak dapat apa yg ada sekarang kalau mereka yg diatas terus tak sedar diri dan bermaharajalela dgn kuasa yg ada. Lumrah manusia, kena ketuk baru jalan. Tapi, anda sebagai rakyat tetap berhak untuk memilih kerajaan pilihan anda utk 4tahun yg akan datang. Parti tu parti la. Kerajaan itu rakyat! Luaskan kuasa rakyat.
P/s: Kalau anda kata saya ‘tak kenang budi’ jugak, maknanya anda kena baca lagi sekali. Maafkan saya jika tersalah kata atau terasa.
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3)
Wallahu’alam.
Seorang TOK GURU Kata WAJIB Sokong UMNO
Jangan Double Standard
Sudah banyak kes Cikgu Najmi yang menjadi admin utama kepada blog Taiping Mali berada didalam majlis rasmi UMNO di Taiping tidak diambil tindakan. Hinggakan waktu sekolah pun ada sumber kata dilihat beliau berada dipejabat UMNO Bahagian Taiping. -ajijoi
Apa kejadahanya tidak diambil tindakan..?? Sebab dia sokong UMNO Munafikun..?
Kalau Guru paksa murid kibar bendera BN boleh pula..?? Inilah sistem demokrasi haramjadah ciptaan UMNO Munafikun
Guru sokong PR kena Posting 24jam,Askar sokong PR kena Posting 24jam,Jururawat sokong PR kena Posting 24jam,Polis sokong PR kena Posting 24jam...pendek kata penjawat awan sokong PR saja akan kena Posting 24jam...
Seandainya penoreh getah,nelayan,petani,peladang dan penternak lembu kambing dikampung juga dalam penjawat awam....mereka pun pasti kena posting 24jam....Inilah kerja UMNO BN celaka haram jadah...!!!!!!!
Disebabkan terlalu lama bn memegang kerajaan...maka ada sesetngh pihak sudah lupa yang Bn hnya la parti politik seperti mana parti2 lain yang ada di malaysia... - pakat-pakatkalih
Bagaimana pulak yang .. secara terang BERPOLITIK?
Bagaimana pulak yang .. secara terang BERPOLITIK?
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment