Akhirnya ROS Batalkan CEC DAP
DAP menyuarakan rasa marah mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.
Zahid membuat pengumuman itu semalam semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.
"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," katanya.
Loke (kiri) enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.
Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.
Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.
Guan Eng: RoS belum hantar surat, Zahid sudah buat keputusan
Lim Guan Eng hari ini membidas pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya DAP mengadakan semula pemilihan parti kerana menurutnya ia bersifat dendam dan tidak rasional.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) sendiri belum menghantar sebarang surat arahan kepada mereka, tetapi bagaimana Ahmad Zahid boleh membuat keputusan sedemikian.
"DAP terkejut dengan pengumuman tidak berasas dan tidak matang oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Malah RoS sendiri pun tidak mengeluarkan sebarang surat kepada DAP mengenai keputusan itu, jelas sekali ini adalah satu tindakan salahguna kuasa dan penganiayaan politik," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Lim mengecam Ahmad Zahid kerana bercakap tanpa memberikan sebarang alasan terhadap keputusan tersebut, serta bersikap melulu.
"Beliau bercakap tanpa sebarang alasan bertulis mengapa DAP perlu menjalankan pilihan raya parti yang baru," katanya.
Malah, Lim mendakwa tiada sebarang surat yang disediakan oleh RoS kepada DAP supaya menjalankan pilihan raya semula.
"Semasa Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke, yang juga MP Seremban melawat RoS pagi ini di Putrajaya, dia diberitahu surat itu belum sedia untuk dihantar lagi.
"Adakah RoS menyerahkan profesionalism dan integriti mereka kepada Umno dan BN?" katanya.
Sebelum ini, penasihat DAP, Lim Kit Siang menjangkakan RoS sedang bersedia membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Lim menggesa semua pemimpin dan ahli parti bertenang, serta beliau sendiri akan memanggil satu mesyuarat tergempar CEC pada malam esok bagi membincangkan langkah seterusnya.
Menurut penasihat DAP itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman badan itu tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.
Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tahun lalu berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.
Pada April lalu, RoS membuat keputusan tidak membatalkan pendaftaran DAP dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). - 30 Julai, 2013.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment