Thursday, August 1, 2013

Pembodohan umat Melayu berterusan.

Tiada satu pun akhbar Melayu yang melaporkan mengenai penurunan rating kredit kerajaan Malaysia dan Petronas oleh Fitch dari "stabil" kepada "negatif".

Padahal berita tersebut telah mengejutkan pasaran saham semalam dan hari ini. - Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs

Amaran Fitch Rating: Ekonomi Malaysia pada tahap kurang baik
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: DAP menggesa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak memperbaharui amalan perakaunan negara yang ketinggalan zaman dan memperakui sepenuhnya semua hutang kerajaan yang tersembunyi demi jaminan masa depan ekonomi negara yang baik.

Dalam masa yang sama, DAP mahu kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutama perbelanjaan “Perkhidmatan dan Perbekalan” dalam Belanjawan 2014 akan datang yang mana ia meningkat secara drastik daripada RM23.8 bilion pada 2010 kepada RM33.7 bilion pada 2013.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, berikutan amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Rating mengenai status ekonomi semasa negara yang sangat kurang memuaskan.

Bagaimanapun, Pua berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan dilihat mengabaikan semua amaran itu di mana tahap liabiliti luar jangka (hutang tersembunyi) melambung tinggi.

“Mungkin kerana ia akan membolehkan kerajaan terus berbelanja tanpa meningkatkan defisit belanjawan.

“Contohnya, projek MRT yang dijangka menelan belanja lebih RM50 bilion sebenarnya dibiayai oleh hutang yang dijamin kerajaan, ia bukan sebahagian daripada belanjawan rasmi kerajaan tetapi secara terang-terangan ‘ditanggung oleh kerajaan’.

Dalam laporannya, Fitch mengulangi kebimbangan terhadap perbelanjaan dan liabiliti luar jangka kerajaan di mana hutang yang dijamin Kerajaan Persekutuan meningkat kepada 15.2 peratus daripada KDNK pada akhir 2012 sedangkan nilai itu hanya 9 peratus pada akhir 2008.

“Walaupun statistik rasmi kerajaan menyatakan hutang Kerajaan Persekutuan ‘hanya’ pada 53.7 peratus daripada KDNK, ia tidak termasuk hutang separa kerajaan atau liabiliti luar jangka kita. (termasuk hutang yang dijamin kerajaan).

“Laporan terbaru menyatakan bahawa hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus daripada KDNK pada akhir 2012 berbanding 51.6 peratus pada akhir tahun 2011 dan 39.8 peratus pada akhir 2008,” kata Pua.

Ini bermakna, menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, jika kedua-dua hutang rasmi kerajaan dan hutang yang dijamin kerajaan dihitung bersama, nisbah KDNK akan menjadi lebih tinggi dan membimbangkan iaitu sebanyak 68.9 peratus.

Katanya, Fitch juga memberi amaran kepada Malaysia bahawa jika kerajaan tidak melakukan reformasi penambahbaikan terhadap kedudukan kewangan negara, Malaysia akan lebih ‘terdedah kepada kejutan negatif pada masa akan datang’.

“Selain itu, belanjawan defisit kerajaan juga dianggarkan meningkat kepada 4.7 peratus daripada KDNK pada 2012 daripada 3.8 peratus pada 2011 disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 19 peratus sebelum pilihan raya umum lalu,” jelas beliau.

Justeru itu, Pua menyeru kerajaan melakukan perubahan dalam amalan perakaunan negara yang disifatkan ketinggalan zaman iaitu “pembiayaan di luar kunci kira-kira”.

“Tanpa akauntabiliti dengan penyalahgunaan kuasa yang memberikan ‘jaminan melulu’ kepada agensi milik penuh kerajaan atau GLC, lama-kelamaan ia hanya akan menyebabkan Malaysia terperangkap dalam krisis kewangan yang teruk,” kata beliau.-Roketkini.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular