Wednesday, July 31, 2013

KESELAMATAN AWAM TERANCAM SERIUS - KEYAKINAN RAKYAT KEPADA POLIS TERJEJAS

Melihat kepada jenayah bunuh nekad di negara ini kami berpandangan pihak KDN harus jujur menilai semula tahap keselamatan awam di negara ini.

Dalam beberapa kes tembak mati di waktu siang yang berlaku di negara ini , ia bukan lagi masa untuk kita saling menuding tetapi hendaklah membuat penilaian menyeluruh kenapa penjenayah semakin nekad melakukan jenayah berat di negara ini.

Kami melihat kes tembak mati yang berlaku dalam jangka masa yang dekat selang sehari menunjukkan bukan sahaja penjenayah tidak gerun dengan pihak polis namun pihak polis juga mula kelihatan kurang berkesan menjaga keselamatan awam.

Jenayah yang berlaku dalam beberapa hari ini dilaksanakan dengan nekad di tempat awam pada hari siang. Bermakna sudah ada keberanian untuk melakukan jenayah berat terang-terangan seolah penjenayah yakin di Malaysia mudah terlepas dari menerima hukuman .

Kami sangat khuatir jika dipihak KDN pula dijangkiti dengan sindrom penafian dan bersikap bebal bila orang awam melahirkan rasa tidak yakin dengan tahap kecekapan pihak polis menjaga keselamatan awam.

Dengan berlakunya jenayah tembak mati dalam hanya beberapa hari ini , tidak mengejutkan jika pihak awam tertanya-tanya kenapa tahap keselamatan awam menjadi semakin tidak terkawal.

Kami kesal bila rumusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) untuk menambahbaik peranan pihak polis , ditentang sendiri oleh KPN sejak ia dicadangkan pada 2007 lagi.

Sedangkan IPCMC adalah salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abduullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.

Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat.

Kami berpendirian bahawa bila rekod jenayah dikatakan sudah menurun di negara ini , jelas insiden jenayah berat yang berlaku dalam masa hanya beberapa hari ini menunjukkan bahawa tahap keselamatan negara maseh sangat merisaukan.

Kesan dari situasi ini bukan sahaja akan menjejaskan pelabur dan pelawat luar untuk datang ke Malaysia , malah rakyat negara ini juga akan sukar mengharapkan agensi polis untuk menjaga keselamatan awam dengan baik.

Kami dengan itu mengesa suatu penilaian semula seluruh tahap keselamatan awam hendaklah dilancarkan . Suatu dialog nasional mengenai isu keselamtan awam perlu diadakan. Tujuannya adalah untuk mendengar pelbagai pendapat mengenai bagaimana keselamatan awam dapat terjamin melalui sistem pengawasan dan pengawalan pihak polis.

Pelbagai pihak masyarakat perlu dilibatkan untuk menjadi rakan dialog yang inklusif demi menghasilkan pelan tindakan yang terbaik.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular